tag:blogger.com,1999:blog-52550938235036486952024-03-14T02:32:03.339+08:00message undelivered.Kerana kita punya dua telinga dan satu hatiwalyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.comBlogger141125tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-91977891881125706702014-02-05T00:00:00.000+08:002014-02-05T00:59:01.732+08:00Huruf HamzahSetelah hampir sebulan tidak berkerja, akhirnya tawaran menjadi guru mengajar kelas tambahan menjengah. Sekadar guru tidak tetap, tempoh 3 bulan, 3 jam seminggu, mengajar Al-Quran dan bacaan Jawi, 15 orang pelajar tingkatan 1, bertujuan memantapkan penguasaan Al-Quran dan bacaan jawi mereka dalam menghadam pelajaran yang berorientasikan subjek agama. Dari goyang kaki tak tahu nak buat apa, tawaran tersebut saya terima separuh hati.
Pengajaran dimulakan pada suatu petang dengan meminta pelajar menyalin ayat Al-Quran selepas menghafal. Pelajar lelaki buat alasan, mereka tiada buku untuk menyalin. Lalu saya suruh mereka menulis satu persatu 5 ayat dari surah Al Baqarah di papan hitam. Seorang, satu ayat. Dengan muka malas-malas, mereka turutkan juga permintaan saya selepas puas dipujuk-pujuk. Saya periksa satu-satu ayat yang mereka tulis dan betulkan kesalahan tulisan mereka. Ada seorang pelajar ni, Arif namanya. Pendiam dan macam malu-malu sikit. Bila saya terangkan 1 kesalahan beliau yang tertinggal huruf hamzah dalam perkataan أولئك , muka beliau berkerut-kerut.
Saya panggil Arif ke depan, dekat dengan papan hitam.
“Kamu tertinggal huruf hamzah kat sini.” Kata saya sambil menunjuk-nunjuk dengan kapur.
Muka beliau berkerut lagi. Aih, tak faham lagi agaknya. Lalu saya ambil Al-Quran dan buka surah Al Baqarah. Saya cari perkataan tersebut dan tunjuk pula di situ.
“Ni nampak hamzah kat sini? Kamu tulis kat depan ni, takde hamzah. Faham?” terang saya.
Muka beliau menunjukkan yang beliau baru mengerti maksud saya.
“Nah, betulkan. Tulis perkataan tu lagi 3 kali.” Arah saya, untuk kuatkan lagi pembetulan.
Arif menurut dan berlalu ke tempat duduk setelah selesai. Selepas sesi tersebut, Arif nampak lebih berkeyakinan dengan saya. (huhu). Apa yang suruh buat selepas itu, beliau lebih menurut berbanding dengan kawan-kawannya yang lain yang banyak soal jawab pulak dengan saya.
Waktu pulang, beliau menghulurkan tangan untuk bersalam dengan saya di meja guru. Hati menebak, pada zahirnya beliau tak ucap terima kasih di mulut, tapi bahasa tubuh dan eye contact beliau terhadap saya berlainan dari pertemuan pertama kali, tanda beliau menghargai dan berterima kasih di atas ajaran saya tadi memahamkan beliau dengan kedudukan huruf hamzah dan cara menulisnya. Saya menolak ringan dengan senyuman dan menepuk-nepuk bahu beliau sambil berkata-kata, “takpe-takpe, esok jumpa lagi.”
Huh, baru sorang dapat tackle hari ni.
Kejadian ni membuatkan saya terfikir-fikir. Sebenarnya, manusia ni memang Allah dah bagi fitrah berterima dan bersyukur, appreciative. Walaupun, berterima kasih tu kadang-kadang tak terucap tapi ia akan jadi situasi yang amat indah apabila manusia mula berterima kasih atas nikmat mereka yang dapat dengan menjadi lebih baik dan berakhlak.
Sebab tu, nikmat kefahaman adalah nikmat terbesar walaupun hanya sekecil huruf hamzah. Cukup untuk mengikat hati manusia untuk terus belajar dan mendalami. Indahnya perasaan selepas dapat mengetahui sesuatu perkara, dan ini adalah nikmat!
Nikmat mengajar dan nikmat mempelajari dan memahami. Besar sungguh kasih sayang Allah kan? :)
Namun aku? Masih di sini, jatuh, terluka dan berdiri lagi. Cuba
berpaut, sedaya upaya, agar solsadu putus asa tidak mengasak menceroboh
hati."
kekunci bagai terasa asing di jari. Bahkan mahu memulakan ayat pertama
di atas, aku jeda seketika. Banyak benar perkara yang menyekat suara
kampus mempersembahkan segala teori, idea dan pemikiran. Namun (ada
'namun' di situ), praktikal dan realiti luar kampus tidak-tidak malu menampakkan
diri. Ia menerjah dengan sangat mudah, tangkas dan jitu menumbuk-numbuk, menampar-nampar wajah diri.
Kerana jihad yang paling besar adalah jihad yang melawan nafsu. Kerana itulah, perjuangan mendidik diri adalah lebih dituntut demi melangsungkan perjuangan yang mempunyai matlamat yang lebih besar dari kepentingan diri. Moga Allah permudahkan.
kampus. Setelah berhempas pulas menyiapkan PSM a.k.a. Projek Sarjana Muda (atau
Projek Sampai Mati! :P) dan assignment yang diberi pensyarah, akhirnya tiba
pula peperiksaan akhir semester. Minggu-minggu akhir ni, banyak benda terpacul
di ingatan. Mengenang pahit maung 4 tahun di selatan tanah air, mengejar
segulung ijazah yang mungkin pada harga ilmunya tidaklah setinggi mana namun
tidak sedikit masa, keringat dan wang yang dicurahkan.
Warna-warni
kehidupan yang dilalui sepanjang itu cukup banyak. Mungkin lelah juga kalau nak
disenaraikan satu-satu tapi cukuplah diberitahu bahawa; tidak sekadar belajar
nak dapat ijazah tapi belajar macamana nak hidup, survive dengan dunia kini
yang sangat banyak cabaran.
Dalam
banyak-banyak hal berlaku dalam kehidupan, ada yang betul-betul bagi pengajaran
pada diri. Terutama cara pergaulan, cara berinteraksi dengan manusia.
Zaman
sekolah dulu, masalah interaksi kurang. Mungkin sebab, suasana dan biah di
Maahad yang cukup tenang, aura tarbiyyah cukup kuat di situ. Aura tersebut menerobos tidak kira pada
guru, pelajar hatta pak cik tukang kebun sekalipun. Bila dah habis belajar di
situ dan ‘berpindah’ ke tempat lain, suasana baru dihadapi, orang baru, budaya
dan pemikiran yang baru.
Di sinilah
‘masalah’ bermula. Kalau belajar subjek psikologi sosial, ada 1 topik bincang
pasal loneliness. Punca utama loneliness ni berpunca dari kurangnya social
skills seseorang individu. Dan banyak lagi punca lain yang mungkin dari sudut
Islam, tak berapa nak betul sangat pun. Aku menyedari ‘kelemahan’ tersebut dan cuba
menjadikan ‘loneliness’ tersebut sebagai satu nikmat. Hakikatnya, hidup kita
tidak pernah keseorangan. Kita ada Allah, selagi mana tindakan kita selaras
dengan kehendak Allah. Kalau keseorangan kita disebabkan hubungan dengan
manusia bermasalah, yang paling utama untuk diperiksa adalah hubungan dengan
Allah.
Satu
perkara yang aku belajar, kita tak boleh paksa orang lain berfikir macam cara
kita berfikir. Latar belakang, perkara yang dilalui dalam kehidupan, ilmu dan
pengalaman yang ditimba adalah aspek-aspek yang mungkin membezakan kita dengan
orang lain. Item-item tersebutlah yang membentuk cara manusia berfikir. So,
expect orang untuk berfikir sepertimana cara kita berfikir walaupun kita rasa
cara kita berfikir diiktiraf sarjana dunia dan paling ideal dalam sejarah
peradaban manusia sekalipun adalah sia-sia.
Lahir dari
budaya pemikiran yang ‘pekat’ dan kental menyebabkan lahirnya satu kekurangan yang
menjadi kesalahan besar dalam berhubungan dengan manusia ialah ‘aku je yang
betul, kau salah’. Menyalahkan, melabel, menghakimi adalah titik tolak
menjadikan orang di sekeliling tak pernah berasa selesa. Aku tidak menjadi
rahmat pada orang di sekeliling.
Padahal
Islam dah ajar, cara yang paling ideal untuk bergaul dengan manusia yang
mungkin menyebabkan akulah manusia yang paling bodoh sebab ‘terlepas pandang’.
Dan sehingga kini, aku cuba supaya tidak pernah berhenti belajar cara beramal
sosial seperti yang Rasulullah ajarkan. Menerima dan kurang menghakimi,
mengajar dan kurang menunjuk kesalahan, memahami dan tidak skeptikal. Agar
sekurang-kurangnya keberadaan aku dengan manusia lain tidak menjadi ‘azab’.
Kadang-kadang,
aku mengimpikan dunia Melayu-Islam di Malaysia yang lebih aman. Dalam aspek
pendidikan misalnya, alangkah bestnya kalau kita boleh bawa balik cara orang
Barat, Jepun bahkan Korea yang dipalit K-pop semata, cara mereka meladeni
kemanusiaan. Ya, mungkin tidak semua namun ada beberapa sudut yang kita banyak
ketinggalan. Yang paling signifikan, apa yang mereka amalkan adalah sangat
sejajar dengan ajaran Islam. Cara mereka menyusun sistem pendidikan,
berinteraksi dengan manusia, cara mereka address sesama mereka dalam hirearki
masyarakat, bagi aku agak mengagumkan. Walaupun pada syariatnya, mereka mungkin
dilihat ‘ketinggalan’ jauh namun apa yang beza sangat dengan kita kalau Islam
kita mungkin hanya pada kad pengenalan, tudung, jubah dan kopiah tapi cara
kehidupan kita kosong dari sunnatullah.
sekadar gambar hiasan yang banyak maknanya
Nabi tak pernah
kata pada siapa-siapa pun, ‘kau salah yang ini, kau tak patut macam ni, kau ni
bodoh!’ tapi nabi tunjuk cara yang betul. Nabi demo depan-depan orang yang buat
salah tu. Kata-kata nabi tak pernah mencederakan perasaan orang yang di
sekelilingnya. Rasulullah tegas dengan caranya yang tersendiri, yang tak pernah
sekali-kali orang di sekelilingnya berasa direndah-rendahkan, dipijak atau
dihina. Memang sah baginda adalah rahmat untuk sekalian alam! Bahkan cara nabi
bersiasah dan berhadapan musuh pun menjadi art of war yang paling ideal dalam
sejarah.
Benda-benda
ni lah yang aku rasa banyak lagi yang aku kena belajar. Pembudayaan pemikiran
dan pengamalan sosial yang baik boleh melahirkan masyarakat yang lebih aman.
Benda-benda ni jugak takkan terjadi kalau cara pendidikan kita tidak dibaiki
selari dengan apa yang Islam nak.
Kita tidak mahu terpalit dengan isu payah menyelami hati mad'u semata. Mungkin ada sesuatu yang kita tinggalkan, yang perlu kita kutip kembali. Sunnah beramal sosial seperti ini;
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-63856050262553984882013-01-08T00:58:00.003+08:002013-01-08T12:45:26.704+08:00Idea Kena SenyapIdealisme dibina dengan membaca dan melalui proses pembelajaran. Capaian idea bukan sekadar pidato malah kepada penulisan, video dan seumpama dengannya. Kadang tidak perlu berkata banyak, satu paparan atau perkataan bisa menyampaikan berlapis-lapis mesej.
Sedia rentak tempur redah onak lumpur
Maju tiada undur tak kenal uzur
Hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan
Lutut dan siku dihulur
Ini malam kita pakai tanjak sonsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segerombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan biar ada yang berlobang
Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun bertambah sakit
Sebelum layar bahtera mari kita
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
-Petikan lirik lagu Bangkit oleh Altimet, DJ Fuzz & Salam
Semampu manakah idea sebegini boleh disenyapkan? Adakah dengan ugutan nyawa dan ancaman kelaparan bisa mensilentkan sebuah idea dan pemikiran? Silap sekali sesiapa berfikir demikian. Doktrinisasi dan kaderisasi akan hancur ditelan arus pembawakan idea dan pemikiran. Kebebasan berfikir dan percambahan idea tidak hanya terletak pada melontarkan hak bersuara tapi pada hak sebesar-besar nikmat yang Allah berikan iaitu hak BERFIKIR.
p/s : Aku harap mesej aku 'jelas'.
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-61916119504912682872013-01-06T01:14:00.000+08:002013-01-06T01:31:06.288+08:00Bukan perasaan, tapi IMANSedaya upaya, saya menahan marah. Sungguh! Begitu kuat ia membuak. Setiap kali perasaan marah itu datang, cepat-cepat saya mengingatkan diri ; kau mesti tak mahu kalau Allah marah kamu kan? Jadi, jangan marah orang.
Kemudian, saya sendirian bungkam. Disebabkan 'tidak boleh' marah, maka perasaan tersebut bertukar menjadi pendam atau 'dendam'. Ia tertanam dan kemudian tumbuh mencengkam. Setiap kali saya berpeluang untuk membalasnya, saya akan balas.
Buruk kan? Tapi itu sajanya cara untuk keadaan menjadi lebih stabil. Itu lebih baik dari saya balas dendam cara jahat gila.
Tapi, musim muhasabah datang. Hati saya meronta mohon dibuang kesumat dendam sia-sia itu. Hati memohon agar pintu kemaafan dibuka. Dia kata,
"Sila buka luas-luas pintu kemaafan tersebut sepertimana kamu mahu Allah membuka seluas-luasnya pintu rahmat keampunanNya ke atas kamu!"
Dan sekian kali, air mata mengalir deras. Mengenangkan segala keperitan yang dialami, yang ditahan selama ini demi menjaga hati orang lain dengan hati sendiri yang tertusuk luka. Allah, begitu susah rupanya hati saya untuk memberi maaf. Kenapakah duhai diri? Kenapa begitu keras sekali menanggapi manusia? Kenapa tidak boleh menerima hakikat sakitnya bergaul dengan manusia?
"Hak orang lain, sedaya upaya kita tunaikan. Hak kita? Biar Allah yang tunaikan." :)
Sudahlah Yang, hati kau tak mampu dibebani perkara sebegini. Lepaskanlah, kerana kebaikan pasti kau dapati dengan memberi kemaafan. Cukuplah Yang, jangan diulang tingkah laku memberontak itu. Buruk sebagai mukmin. Cukup dan cukup, kemudian berserahlah pada Allah. Biar Allah tunaikan untukmu dengan caraNya.
Karena beda antara kau dan aku sering jadi sengketa
Karena kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
Karena satu kesalahanmu padaku seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu
Wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali;
"Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara."
Mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
Menjadi kepompong dan menyendiri
Berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
Bertafakur bersama iman yang menerangi hati
Hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
Melantunkan kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia
-Petikan Dalam Dekapan Ukhuwah, A. Salim Fillah
Tiba masanya, kau harus bergerak sendiri, berpendapat sendiri, bebas dan tidak menjadi lalang. Mungkin tiba masanya, kau harus melepaskan pergi kepahitan walaupun di sebalik kepahitan tersebut, ada manisnya yang membuat kau lupa pada luka. Mungkin setakat ini saja perjalanannya. Mungkin ini yang terbaik buat kamu dan orang lain. Mungkin sudah sampai waktu kau berbuat sesuatu bukan untuk perhatian manusia tapi untuk Allah. Mungkin sudah tiba waktu kau hadkan suara dan mula diam buat kerja!
Yang tercalar sebenarnya bukan perasaan tapi Iman. Iman yang tercalar, bakal mencalarkan hati dan perasaan. Kerana rukunnya orang beriman itu bersaudara, berpesan-pesan atas kebenaran dan penuh kesabaran. Bersabarlah, moga Allah balas kesabaran kamu bergaul dengan manusia dengan sesuatu yang tidak kamu jangka. :)
. walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-78356208131359617512012-08-16T03:24:00.001+08:002012-08-16T03:31:01.089+08:00Dalam Dekapan UkhuwahKarena beda antara kau dan aku sering jadi sengketa
Karena kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
Karena satu kesalahanmu padaku seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu
Wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali;
"Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara."
Mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
Menjadi kepompong dan menyendiri
Berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
Bertafakur bersama iman yang menerangi hati
Hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
Melantunkan kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia
Lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah
Mengambil cinta dari langit dan menebarkannnya di bumi
Dengan persaudaraan suci, sebening prasangka, selembut nurani,
Sehangat semangat, senikmat berbagi dan sekokoh janji.
Salim A. Fillahwalyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-50861975898555905452012-08-12T04:37:00.000+08:002012-08-12T04:42:17.657+08:00Mukmin ItuMukmin itu
Pabila merengkuh nikmat
Ada bibit syukur menerpa
Dan bibir mungil berzikir hamdalah
Mukmin itu
Pabila musibah pula datang berpuing
ada jiwa hamba yang redha
dan sabar itu hadir berpusu
memenuhi setiap kerdip mata
Mukmin itu
Pabila berbicara
Ada hati yang tersentuh
Lantas deburan tangis berlanjut
Kerana takutkan Tuhannya
Mukmin itu
Pabila memandang
Pandangannya tembus
Menerobos ke hati-hati
Mata hatinya membaca
Langsung segalanya
Terbentang, bongkar
Siti Yang Latifah
Machang, 23 Ramadhan 1433 walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-35332355699105166212012-08-07T01:11:00.000+08:002012-08-12T03:11:14.948+08:00Muhasabah Ramadhan30 Ramadhan 1426
Hari ini, hari terakhir aku mengerjakan ibadah puasa. Hari ini adalah hari terakhir aku menghirup udara di bulan penuh barakah ini. Hari ini ialah hari terakhir pahala dan dosaku digandakan. Hari ini, hari terakhir aku menatap wajah jejaka Ramadhan!
Wajahku duka, sayu melihat dia mengemas pakaiannya, mengebas capalnya. Seraya wajahnya yang berseri bulan purnama tersenyum padaku.
"Jangan sedih, doakan ini bukanlah pertemuan yang terakhir."
Aku peluk wajah Ramadhan. Kehangatan ku rasa, belai cinta Rabbul Izzati mengusap kemudian mengelus wajah dukaku yang penuh dosa.
Ku tangisi perpisahan ini.
1 Ramadhan 1428
Hari ini Ramadhan menjelmakan dirinya. Hatiku kegirangan tatkala mendengar pengumuman bermulanya puasa pada malam semalam. Tatkala itu, bertambahnya sinar kebahagiaan pabila mendengar azan subuh berkumandang gah pada pagi 1 Ramadhan di Masjid Muhammadi. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi peluang sekali lagi kepadaku menatap kembali wajah cemerlang Ramadhan dan mendakapnya; melepaskan kerinduan yang terperam beratus hari lamanya.
Bulan barakah ini adalah bulan kerinduan para muwahhidun, yang
padanya bisa diratah ibadah, bisa dipinta selautan rahmat dan maghfirah.
Aku berkira-kira, adakah sebetulnya aku merindui Ramadhan?
18 Ramadhan 1433
Malam ini dibaluti sunyi. Mula memuhasabah diri. Ramadhan yang
kian berbaki. Lailatulqadr, entah aku ketemu atau tidak. Atmosfera
pesimis menghembus. Tuhan, aku bukan hamba yang baik bukan?
Sukar diurus. Ketenangan bulan barakah ini bukan milikku.
Ingin memberitahu sesuatu tapi bibir kelu. Ingin menyapa seseorang tapi
hanya menghela dengan pandangan kosong. Ingin mengetuk pintu cinta Tuhan
tapi terasa malu dan mahu sembunyi?
Lalu lirik lagu Ramadhan 2 Zaman aku ulang-ulang.
Mereka gembira kerana kedatanganmu
kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al Quran
tapi malam kami muram bertemukanmu
Mereka berlumba mengejar makrifat
tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga...
Lantas sebuah hadis terngiang-ngiang, minta dinukilkan;
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu
berkata, 'Celakalah orang yang melewatkan bulan Ramadhan begitu saja
sehingga dia tidak diampuni'. Aku berkata, 'Amin'.
(HR Al-Bukhari, Al-Baihaqi, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban)
Nah, mampukah hati merasa tenang mendengar perkhabaran ini? Jika berlalunya Ramadhan namun dosa kita tidak diampunkan, maka kita didoakan
oleh Jibril AS sebagai celaka. Diaminkan pula oleh Rasulullah SAW,
semulia-mulia manusia yang pernah wujud di muka bumi ini.
Dan perubahan tidak akan terjadi selagi tubuh tidak dihayun melakukan tindakan!
Ramadhan Kareem.
.walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-56481166549275803022012-07-05T18:30:00.000+08:002012-08-12T03:12:04.111+08:00Muslimat Lembik? Sudah-sudahlah...Entahlah, kadang-kadang saya rasa bab-bab BM boleh jadi lialibiliti besar pada muslimat kalau tidak diurus dengan baik. Mudah kata muslimat akan memang jadi lembik kalau macam ini caranya.
Maaf, jika perkataan lembik di situ kasar bunyinya. Sekadar untuk 'menggegarkan' minda orang perempuan agar tidak meletakkan punca masalah pada orang lain, kalau penyelesaiannya sudah ada di tangan kita sendiri.
Seorang sahabat saya pernah mengadu, memberitahu pelbagai usaha yang beliau lakukan demi mendapatkan pasangan yang baik malah dikatakan sefikrah dan sejemaah. Namun, usahanya menemui jalan buntu kerana dikatakan muslimin ni memilih, mencari yang ayu-ayu saja dan sebagainya. Beliau kecewa, menyalahkan pihak 'sana' kerana taste mereka yang tinggi sehinggakan muslimat yang biasa-biasa saja lahiriahnya terpaksa mencari pasangan yang bukan sefikrah.
Saya merasakan keperluan, citarasa dan kehendak seseorang itu berbeza. Kecenderungan seseorang pada ciri-ciri tertentu itu merupakan fitrah dan sama sekali tidak boleh dipersalahkan. Malah jika seorang lelaki hanya melihat faktor fizikal perempuan semata-mata pun saya tidak berasa pelik. Mereka memilih yang cantik di pandangan mereka, itu hak mereka. Muslimat tidak perlu berasa hal itu memberi kesan lantas melarakan hati kerana sudah termaktub bahawa jodoh itu telah sedia tertulis di Luh Mahfuz.
Saya menulis ini kerana saya juga seorang perempuan yang mempunyai keperluan dan kehendak sama dengan sahabiah sekalian. Saya dapat merasakan apa yang kalian rasakan namun kita tak perlu membiarkan faktor luar mempengaruhi cara kita menyelesaikan masalah. Proaktif dan positif, bertanggungjawab ke atas diri sendiri dengan memutuskan tindakan atas pilihan sendiri. Bahagia, derita, gembira, sedih adalah pilihan kita sendiri, atas tindakan kita sendiri.
Usaha yang sebenar-benarnya seorang muslimat dalam mencari jodoh yang baik (selain usaha teknikal) ialah mempersiapkan diri dengan ilmu dan kematangan. Usaha untuk men'solehahkan' diri lebih dituntut. Namun, ramai dari kita mengabaikan perkara ini.
Liabiliti yang saya maksudkan di atas ialah apabila muslimat fikir kesempurnaan BM ini
hanya dengan mendapatkan pasangan sefikrah sejemaah, maka kebahagiaan
mutlak dapat dicapai. Muslimin salah bila letak demand tinggi-tinggi
dan muslimat juga salah bila terlalu fikirkan demand muslimin dan akhirnya jadi takut
dan plastik.
Malah, orang tengah (unit BM) berperanan hanya mempermudahkan untuk meraikan fitrah, bukannya untuk menjodohkan.
Suka saya untuk kongsikan petikan beberapa perenggan dari artikel Ustaz Hasrizal berkenaan dengan ini;
"Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbbang untuk berumahtangga dengan pasangan 'itu' walaupun mungkin 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang dibimbangkan, jika berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI."
Kesimpulannya, jangan sesekali kita ketepikan usaha MENJADI di samping usaha MENCARI.
Takdok benda hok jatuh kecuali ada hok jung kutip
Jodoh ini rahsia Allah, Allah yang tetapkan. Dan siapa lagi yang tahu apa yang baik untuk kita kecuali Allah?
Bahkan kata pujangga, "Jangan letak
syarat dalam cinta kerana bila bertemu yang berkenan di dada,
semua syarat itu hilang maknanya."
Paling penting, jangan lupa letak cinta Allah paling utama, nescaya bahagia itu tak perlu dicari tetapi bahagia
akan mencari kita.
Tuntasnya
Suka sekali saya mengajak sahabat sahabiah sekalian memuhasabah diri.
Apa matlamat hidup kita? Ia sudah pun termaktub indah pada ayat 56, surah az Zaariyat. Ia mematri kita untuk meletakkan seluruh kecintaan kepada yang utama. Kehidupan yang Allah beri pada kita hari ini merupakan wasilah atau
cara kita mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dari sekecil-kecil perkara
hingga sebesar-besar benda. Semua tidak terlepas dari perkiraan Allah.
Dalam soal jodoh dan pertemuan pun,
ia tetap berupa WASILAH, bukan matlamat. Sekalipun Allah tidak beri setelah kita berusaha, cinta kita kepada Allah tetap tidak berkurang.
Moga Allah beri kita sekian petunjuk, agar kita tidak terkeliru antara wasilah dan matlamat.
.walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-89185157806096679352012-06-03T21:10:00.001+08:002012-07-05T22:08:33.326+08:00Pesanan Buat Pejuang
"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas
"Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar." -Syed Qutb
Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, ”Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika jawatan kepimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab itu sendirian, sedang jika kepimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” [Bukhari & Muslim]
"Singa yang tidak meninggalkan tempat rehatnya di rimba,
tidak akan menjumpai makanannya.
Anak panah yang tidak meninggalkan busurnya,
tidak akan menemui sasarannya."
Syair Imam Asy-Syafie.
Renggangnya saf dalam solat menghilangkan khusyu' sementara renggangnya saf dalam jamaah boleh menghilangkan kekuatan. ~ Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awangwalyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-6041087429316853442012-04-25T10:10:00.000+08:002012-04-29T04:04:45.548+08:00Sebenar-benarnya PenjaraSangat tepat pesanan Hasan al-Hudhaibi ;
“Penjara bukanlah tembok tebal atau jeriji besi. Penjara yang sebenarnya adalah keadaan dalam perasaan dan fikiran kalian”.
Ternyata sekalipun jasad para ulama’ terpenjara, namun perasaan dan fikiran mereka ternyata masih bebas merdeka. Pemerintah zalim gagal memenjarakan perasaan dan fikiran mereka. Sehinggakan para ulama’ yang dipenjara mampu menghasilkan buah tangan yang terlalu istimewa tatkala mendiami tirai besi untuk seluruh umat Islam yang tercinta.
Diari asam garam perjalanan hidup Syeikh Abdul Aziz al-Badri penuh dengan warna-warni. Beliau tidak keberatan untuk mencoretkan kisah yang dihadapinya tatkala menulis kitab‘al-Islam Baina al-Ulama’ Wa al-Hukkam’. Pada muqaddimah kitab tersebut, beliau menceritakan segala-galanya; “Sesungguhnya aku (Sheikh Abdul Aziz al-Badri) ditahan secara paksa di rumahku selama setahun. (Zaman pemerintahan Abdul Karim Qasim pada 2 Disember 1959 dan dibebaskan pada 2 Disember 1960) Bagi aku penahanan ini merupakan satu nikmat Allah s.w.t kepada ku. Pada waktu itu, aku sempat menyelidiki buku-buku sirah, sejarah dan sejarah hidup para ulama’ Islam. Aku lakukannya untuk mengetahui pendirian dan prinsip ulama’ salafussalih bersama pemerintah disepanjang kewujudan Daulah Islamiyyah sejak ia dibangunkan oleh penghulu kita Rasulullah s.a.w yang mulia di Madinah Al-Munawwarah sehinggalah orang-orang kafir menghapuskan Daulah Islamiyyah pada tahun 1343 Hijrah. Pengetahuan terhadap sejarah mereka yang merupakan pendorong untuk aku menulis pendirian itu samada secara ringkas dan menyeluruh serta aku mengumpulkannya dengan perkara yang termampu bagiku dan bantuan taufiq dari Allah s.w.t kepadaku.
Apabila aku ditahan buat kali keduanya, (Pada 7 Ogos 1961 dan dibebaskan pada hari pengampunan pada 4 Disember 1961), aku memohon pertolongan kepada Allah s.w.t agar mengemaskini tulisan ku ini dengan memilih perkara yang sesuai dan memberi komentar terhadap tulisannya agar penulisan ini dalam ruang lingkup perbincangan dan tidak keluar dari dasar penulisannya. ..”. Akhirnya dari penahanannya membuahkan kitab al-Islam Baina al-Ulama’ wa al-Hukkam.
Lebih hebat lagi dapat kita perhatikan pada seorang fuqaha' besar daripada al-Hanafiah; Syamsul A‘immah As-Sarkhasi. Beliau telah berjaya menghasilkan sebuah kitab fiqh yang mempunyai 30 jilid tatkala beliau dipenjarakan di penjara 'Bauzajund'. Kitab ini dihasilkan tanpa dirujuk mana-mana kitab-kitab lain. Bahkan kitab ini disiapkan dengan buah fikirannya dan disalin kembali oleh murid-muridnya yang berada di atas tembok penjara. Akhirnya kitab yang 30 jilid ini dapat disiapkan sehinggakan diakhir suatu bab dituliskan; "telah selesailah syarahan berhubung dengan 'al-aqrar' yang mengandungi pelbagai rahsia didalamnya, ia disiapkan oleh seorang yang tahanan yang dikelilingi oleh banduan". Betapa berkuasanya Allah Yang Maha Agung. Ketakjuban ini dihikayatkan dalam al-Fawaid al-Bahiyyah Fi Tarajim al-Hanafiah.
Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah tidak ketinggalan untuk membawa buah tangan dari penjara. Tatkala menempuh hidupnya di penjara Qal'ah yang menjadi tempat terakhir kehidupannya. Beliau mengisi waktu yang ada dengan beribadah kepada Allah s.w.t, membaca al-Quran. Bukan setakat itu, bahkan puntung-puntung kayu yang menjadi arang dijadikan pena bagi menulis kitab-kitab serta menjawab terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh penentang-penentang nya. Namun setelah pemerintah mendapati sebahagian daripada kitab beliau mendapat sambutan, pemerintah pun menegah beliau dari menulis dan membuat sebarang kajian. Peristiwa ini disematkan dalam Tazkiratul Huffaz oleh Ibnu Abdul Hadi.
Suatu mutiara kata yang sangat bermakna pernah terbit dari mulut Imam Ibn Taimiyyah sebagaimana yang diceritakan oleh muridnya Imam Ibn Al-Qayyim Al-Jauzi yang turut dipenjarakan bersama beliau;
"Banduan yang sebenar ialah mereka yang hatinya terpenjara dari tuhannya, manakala orang tawanan yang sebenar ialah orang yang ditawan oleh hawa nafsunya!".
Terdetik sejenak, adakah kita sekarang seorang banduan atau tawanan? Atau benar-benar bebas dan merdeka?
dipetik dari solleh-fatimi.blogspot.comwalyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-31244941747503014832012-03-24T09:01:00.000+08:002012-07-05T22:30:32.395+08:00'Masalah Hati'Masalah hati.
Hati, penjagaannya cerewet sekali. Masalahnya bukan sekadar berkisar tentang hubungan dengan Allah s.w.t. malah dengan manusia juga. Lebih-lebih lagi yang berlawanan jantina. Sememangnya Allah ciptakan fitrah lelaki akan cenderung pada wanita dan begitu juga sebaliknya. Namun, bagi hati-hati yang mencintai Tuhannya dan meletakkan Allah dan Rasul sebagai cinta utamanya, PASTI tidak mahu fokusnya 'distracted' kepada perkara lain yang tidak sepatutnya.
Masalah hati yang dimaksudkan di sini berkenaan dengan kesan kecenderungan antara lelaki dan perempuan dalam skop pembinaan jati diri para daei. Jujur, ini artikel ekslusif. Sebelum mudah melompat dan membuat kesimpulan, eloklah menghadam artikel ini terlebih dahulu.
Kadang-kadang masalah hati akan mudah bercambah dengan sikap-sikap orang di sekeliling. Bagi orang yang faham, matang dan berilmu, mereka memahami bahawa perkara ini adalah fenomena biasa, ujian untuk orang yang menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan yang paling penting mereka meraikan permasalahan ini dengan cara yang ilmiah dan tidak membesar-besarkannya. Malah mereka akan menolong dan mendorong individu yang mempunyai masalah ini ke jalan yang benar, samada baitul muslim atau proses-proses meneutralkan kembali antara keberadaan fitrah dan fitnah dalam hati.
Namun, lain pula bagi orang yang bersikap sebaliknya atau dengan kata lain, tidak faham, tak matang atau tidak mengetahui adab-adab sebenar dalam hal ini. Mereka kurang sensitiviti, bersikap kurang matang, dan yang paling membarahkan keadaan ; mereka mencambahkan lagi benih-benih masalah hati dengan membesar-besarkannya, mengusik hati dan perasaan, mendorong individu tersebut kepada perkara yang tidak sepatutnya.
Sepatutnya, langkah sebagai daei diteguhkan dengan iman dan taqwa. Apa saja perkara yang boleh menghalang, menghilangkan fokus sebenar dan mendorong kepada hal-hal yang boleh merosakkan iman dan taqwa, didahului dengan mencegahnya.
Peranan Sahabat.
Orang di sekeliling atau lebih mesra dinamakan dengan sahabat, sepatutnya mengambil peranan sebagai orang yang FAHAM. Pertama-tamanya, jangan sesekali mengeruhkan keadaan dengan meraikannya dengan cara yang salah. Pandu mereka ke arah cinta yang sebenar dan memberi cadangan yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah. BUKAN dengan mengusik, menunjukkan sikap tidak matang anda dalam hal-hal sensitif seperti ini atau yang paling mendatangkan caca merba, menghebohkan seantero dunia tentang masalah individu tersebut! Di sinilah kepentingan kerahsiaaan dalam menghadapi hal-hal seperti ini. Etika ini, bukan hanya kaunselor saja yang perlu patuh.
Astaghfirullahal 'azhim.
Penyesalan.
Catatan
ini merupakan manifestasi penyesalan. Biarpun manusia di sekeliling
tetap tidak mengerti betapa sakitnya hati saat dicuit cinta (kononnya),
tapi sebenarnya adalah pintu yang membuka lagi pintu-pintu dosa dan
kemaksiatan. Biarpun ia sekadar dinilai kecil kesannya oleh manusia
lain, tapi bagi diri yang kerdil dan penuh dosa ini tidak mahu menambah
lagi berat timbangan sebelah kiri. Tingkah dan perlakuan yang menodai
kesucian hati, bukannya meraikan fitrah malah mencambah fitnah. Terasa
disiat-siat hati tatkala terkenang kembali saat noda hitam itu muncul.
Sesal. Cukup sekadar itu.walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-37413993266153104212012-03-23T02:22:00.000+08:002012-03-23T02:46:00.616+08:00RintihanMinggu pertama Latihan Mengajar. Cukup membuat saya berfikir, "adakah aku layak untuk berada di dalam profesion perguruan?" Bebanan sebagai guru bukan sekadar mengajar malah mendidik, pun begitu perjalanan sistem persekolahan membutuhkan guru-guru untuk menjalankan prosesnya.
Panggilan "Cikgu" biar pun guru agama adalah fenomena biasa sekolah-sekolah di Johor. Menghadapi seribu ragam dan perangai pelajar, membuatkan saya makin tenggelam dalam dunia sendiri, berfikir dan kemudian tiba-tiba merasakan, mampukah aku?
Dua perenggan di atas sudah cukup menunjukkan yang saya masih ragu-ragu dengan kemampuan diri ini. Ditambah lagi perlu menyiapkan laporan ROS, orientasi guru di sekolah, berkenaan sekolah, persekitaran dan sebagainya - sedikit sebanyak membuat mata ini memerah dan berair.
Biarpun diadu kebungkaman ini kepada insan yang paling rapat dan sayang sekalipun, tetap ia berupa masalah yang tak terselesai. Kerana tindakan tersebut ada pada tangan ini, mahu dihayun atau tidak saja.
Hati kemudian, terang beristighfar. Saya cuba kuatkan diri mengingati firmanNya sentiasa memotivasi diri ini. Seolah sebuah azimat, "Kerana Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu."
Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan. Dia Maha Mengetahui, Dia Maha Memahami mana yang paling buat hambaNya. Segala keperitan ini bakal menjadi kaffarah kepada dosa-dosa yang lalu.
Sungguh, hanya Allah lah tempat sandaran sepenuhnya. Kerana mutlak Allah itu Maha Mendengar dan pasti merupakan Pendengar yang baik, yang akan memberi 'nasihat', kekuatan,. Allah mahu melihat kesabaran dan ketabahan hambaNya.
ALLAH menguji keikhlasan apabila
bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH
melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil
sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih
baik.
Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih,
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki seribu alasan untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah, ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar. :)
Bila Allah tarik satu persatu perkara yang kita sayang, suka dan cinta....
ketahuilah sebenarnya, Dia sedang mengajarkan kita sesuatu yang lebih
hakiki dan realistik iaitu mencintaiNya lebih dari segala perkara yang
kita sayang, suka dan cinta.
dan kadang Allah hadirkan juga satu persatu perkara yang kita benci, tak suka dan kurang menyenangkan hati...
kerana Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. :)
*kena banyak senyum. :)
Rintihan - Hijjaz
Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha Kaya Maha Mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-18760435821574144072012-03-10T21:05:00.001+08:002012-03-12T16:50:17.842+08:00Oki Melukis Pelangi Di KelantanOki Setiana Dewi, beliau sudah jadi ikon muslimah. Saya pun tidak meragui untuk meminatinya, malah tidak dapat dinafikan, kehadiran Oki dalam dunia industri hiburan sedikit sebanyak pengaruh dakwah menjadi mudah tersebar. Tidak keterlaluan jika saya katakan beliau adalah ikon muda baru yang menambat hati semua lapisan masyarakat.
Negeri serendah sekebun bunga menjemput beliau ke rancangan Bicara Selebriti yang diadakan di Kelantan Trade Centre
(KBTC). Program ini merupakan siri bual bicara bersama selebriti yang
ke-4 diadakan di bumi Cik Siti Wan Kembang ini.
Hari ini, Oki Setiana Dewi melukis pelangi indah di Kelantan. Beliau 'melukis pelangi' di hati orang-orang yang hadir. Di samping mempromosi buku tulisannya. Melukis Pelangi, beliau juga turut mencipta puisi indah sempena kunjungan beliau ke negeri 'termiskin' ini. Sedikit sebanyak terubat dengan puisi yang beliau deklamasikan.
Negeri Kelantan seindah namamu
Tanah serendah sekebun bunga
Negeri tadahan wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai wajahmu yang indah persis Jeddah
Yang pernah kulewati
Taat menjunjung Al Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudusku
Lantaran aku disini
Biar tidak pernah kuduga
Bertemu dengan seorang ulama'
Yang dicintai rakyatnya
Lalu kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit cinta
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama'
Yang lembut tapi tegas beribadah
Yang pengasih
Namun tidak goyah
Pada percikan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa kutitip buatmu
Memacu, membangun Islam bersama
Semoga kita bertemu kembali.
Oki Setiana Dewi, 10 Mac 2012, Kelantan Trade Centre
sempat mempromosi Tahun Melawat Kelantan
bergambar dengan TGNA
pose di hadapan menara masjid
Oki di Kuliah Jumaat di KB
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-63536493667776754332012-03-08T12:41:00.003+08:002012-03-08T12:46:38.167+08:00Resepi Asam PedasBahan-bahan :
Bawang merah
Kunyit
Halia
Belacan
Cili kisar
Ikan
Air asam jawa
Bawang besar
Gula dan garam
Cara menyediakannya :
1. Tumbuk bawang merah, kunyit, halia sikit dan belacan sikit.
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sampai garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar sesedap rasa. Kalau nak pekat dan pedas, letak banyak sikit. Agak-agak la, ikut size periuk. Tumis sehingga pecah minyak dan garing.
4. Masukkan ikan dan air asam jawa.
5. Masukkan sedikit air dan hirisan bawang besar. Kalau nak masukkan daun kunyit atau bunga kantan pun boleh.
6. Biar didih sepenuhnya sampai ikan masak. Letak garam dan gula secukup rasa.
Selamat mencuba! :)walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-68636169311730051342012-02-24T01:31:00.000+08:002012-02-24T01:31:35.518+08:00Mencintaimu Dengan Sederhana
"Aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu.
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada."
Hak cipta penyair : Sapardi Djoko Damono
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-41748525783834492782012-02-22T01:46:00.002+08:002012-02-23T01:26:04.109+08:00Secebis Gambar
Akhirnya, ada juga secebis kenangan. Saya jumpa gambar ini di simpanan saudara terdekat saya. Saya kurang mempunyai simpanan gambar sendiri ketika zaman kanak-kanak.
Abah, berdarah Jawa Perak, lahir di Teluk Intan, Perak pada tahun 1938. Dewasa ini, kerap juga saya berkunjung ke negeri kelahiran Abah andai berkelapangan dan berkesempatan. Menara Condong yang berada di tengah bandar Teluk Anson itu menyimpan kenangan saya bersama Abah sewaktu kecil-kecil dulu. Kami akan mengunjungi menara tersebut setiap kali pulang ke Perak. Ia begitu dekat hati saya, biarpun cerita ini sudah lebih 16 tahun berlalu.
Sewaktu Abah nazak, saya berada di asrama sekolah di Kota Bharu. Saya menerima berita kematian Abah dengan kedatangan kakak angkat saya yang dijaga Abah sejak kecil. Minggu sebelumnya, kami sebenarnya merancang untuk pulang bersama-sama ke kampung.
Saya bersedia menerima berita itu. Sudah dapat menebak kerana saya mengalami mimpi dan sebagainya; tanda orang yang membesarkan saya itu akan meninggalkan dunia ini.
Cuma, yalah. Kadang, hati ini diceroboh rindu. Keinginan untuk berbapa masih lagi utuh. Mudah saja mata ini berkaca, langsung mengundang sebak di dada.
Antara yang ingatan-ingatan yang paling terpahat ialah kami anak beranak akan solat berjemaah pada waktu Maghrib dan Isyak dan waktu itu, Abah akan ajar kami zikir-zikir dan selawat. Seingat saya ada 20 zikir semuanya (yang sempat diajar), tapi sekarang hampir semuanya lupa kecuali ini ;
لا اله إلا انت ، سبحانك إني كنت من الظالمين
Abah juga merupakan pengamal seni tempur persilatan (Silat Kalimah). Pada malam tertentu, Abah akan melakukan latihan silat di halaman rumah suasana (seingat saya) sebijik macam scene-scene dalam cerita Melayu purbakala! Ada kayu yang dinyalakan api akan diletak di pagar rumah (tak tahu nama spesifiknya, obor kot).
Bila bercakap tentang susuk tubuh seorang abah, ketahuilah ada helaan rindu yang cukup mendalam.
Saat diimbas kenangan belajar menunggang basikal dengan abah, adalah motivasi jatuh kemudian bangun semula.
Waktu sakit perut yang memulas memaksa
tubuh budak perempuan berumur 8 tahun menahan sakit dan mengerang, abah
tampil di sisi mengusap minyak, memberi ubat dan menepuk-nepuk, melenakan malam yang panjang itu.
Bila, saat dan waktu itu berlalu.. hati ini haru!walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-4039591326962804432012-02-18T16:58:00.001+08:002012-02-18T16:59:59.533+08:00Puisi Dari Tuhan
Aku membaca puisi Tuhan
pada susun ranggi mawar
kudup cempaka
kembang teratai
hijau rumput
jernih samudera.
Aku juga telah membaca
puisi manusia
pada cabik langit
sebu udara
hingar kota
dan tengik sungai.
Ternyata,
alunan puisi Tuhan
telah menghidupkan aku.
Wardah Puteh
Alor Star, Kedah.
Alunan puisi Tuhan akan tetap sampai bila-bila menenangkan, menghantar sakinah tanpa henti ke dalam hati. Namun, bagaimanakah pula manusia menyantuni Tuhan?
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-27692668728523287162012-02-01T00:58:00.001+08:002012-02-18T17:20:35.454+08:00Musafir Kasih
Musafirku belum berpenghujung. Mungkin juga tidak berpenghujung. Mungkin juga ia bakal berpenghujung tika suatu saat taman-taman indah menjadi ruangan halaman mata ini. Moga-moga.
"Berangkatlah kamu (untuk berperang pada jalan Allah), samada dalam keadaan ringan mahupun dalam keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
At-Taubah, ayat 41.
Panjang perjalanan, luas pemandangan. Begitulah pepatah yang biasa kita dengar, bukan? Namun, ingin sekali saya menyambung pepatah di atas. Selain luas pemandangan, ia juga menambah luas pengalaman dan ilmu serta peluang mengenali teman permusafiran kita. Pernah suatu ketika saya terdengar atau terbaca antara cara untuk mengenali sahabat atau kawan ialah dengan bermusafir bersama selain makan dan tidur bersama.
Sekian kali, walaupun permusafiran mengundang berat dan nestapa, lapar dan dahaga, perit dan gembira, senyum dan duka, namun ia kemudian terubat dengan sahabat yang memahami dan menukarkan nestapa, dahaga, perit dan duka itu kepada gembira dan senyum.
saya adalah kamu
kamu adalah saya
kami adalah satu ruh
yakni dalam satu jasad
Permusafiran menjadikan kita semakin mengenali antara satu sama lain. Mengetahui sisi lain yang belum diketahui dan kemudian fasa memahami dan membaca fikiran dihuni. Alhamdulillah.
Semakin saya membuka ruang untuk mendekati, semakin saya memahami. Semakin saya meluaskan medan komunikasi, semakin ringan beban di hati. Tahu apa rahsia memahami?
HUSNU ZHON.
Pabila Allah takdirkan sesuatu untuk kita
rasai ibrah dan kasih sayangNya yang mengalir di setiap deruan darah ke jantung
setiap helaan dan hembusan nafas yang mendesah
setiap putik cinta yang subur padaNya
RasulNya
perjuanganNya
dan pemilik cintaNya.
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-37393684833742533962012-01-21T03:31:00.000+08:002012-01-29T02:48:58.277+08:00Dakwah ini
Dakwah ini
berlari deras
andai kita tak berkejar mengikutinya,
pasti dakwah itu akan meninggalkan kita.
Andainya kita telah pun berhenti sejenak
menghirup udara kerehatan
untuk mencari kekuatan
tentu kita agak segan
untuk berlari mendakapnya
kerana seolah-olah
telah jauh
dakwah berlari meninggalkan kita
Tapi,
Tiada istilah terlambat dalam kehidupan kita
selagi mana nyawa masih ada
selagi itu
kita takkan pernah terlambat
mengejar kembali dakwah itu
Walau pada langkah awalnya
kita harus merangkak
menebal muka
dan terkial-kial dalam memahami
namun sekurang-kurangnya
kita berusaha untuk berjalan
di atas jalan dakwah ini
Jangan segan dalam terus berjalan
walaupun lambat
kerana memang dakwah ini berlari laju
namun
kita takkan pernah terlambat
dalam mengejarnya
-quoted
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-36124032932811792452012-01-16T00:17:00.001+08:002012-01-29T02:49:24.014+08:00Rahmat Perkumpulan ItuMenjadi sebuah kebutuhan kepada hati-hati yang damba dan cintakan kebaikan untuk kemakmuran alam ini, juga menyintai perkumpulan dan tidak suka duduk berseorangan, menanti diterkam kejahatan syaitan.
Menjadi rahmat dan nikmat bagi orang yang menyukai perkumpulan yang
baik-baik. Barang yang baik-baik itu hanyalah bertepatan pada al Quran
dan as Sunnah, yang diredhai Allah Azzawajalla.
Menjadi bahagia sebahagia bahagianya pabila perkumpulan rahmat itu penuh nuansa ketenangan dan kematangan, lalu medan bersua menjelma mudah di laluan masa.
Semoga hati-hati itu sentiasa berpadu, berlari-lari menuju cintaNya, tatkala rahmat dan nikmatNya turun semberono saat kesatuan menjadi kuat, saat buah fikiran sabar dihadam, saat rukun persaudaraan dilangsaikan.
Maka tersenyumlah Islam, kerana perkumpulan itu menjadi rahmat kepada penghuninya.
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-7545734385535555472012-01-14T02:26:00.000+08:002012-01-16T01:49:27.822+08:00Mengundang Rindu (2)Pabila ditoleh kembali kemanisan berjuang di wadi biah solehah itu, air mata ini cepat benar merembes ke pipi. Menandakan kerinduan begitu memuncak mendambakan saat berada di lapangan rumput hijau tarbiyah yang begitu hening terbentang di padang. Kasur perjalanan itu sungguh indah walau pahit dirasai, kerana cinta Allah yang menyelimuti hambaNya yang dhoif ini. Walau hidup dalam ramai tapi hakikatnya berseorangan dalam meneruskan perjuangan; kerana hanya orang tertentu mengerti hakikatnya.
Jauh sekali jalan itu ditinggalkan dan kini aku kembali menata lembaran hakikat kehidupan manusia yang mendamba keredhaanNya. Ya Allah, rindunya aku pada diriku yang dulu! Menjadi pelita kepada kegelapan hati insan yang mendambakan cintaMu. Ibarat membawa seseorang ke satu tempat bercahaya; pada masa yang sama keindahan cahaya itu dinikmati bersama-sama dengan orang yang dipimpin. Begitu unik dan simboliknya hukum dakwah itu sendiri. Membantu diri dan juga orang lain.
Berbahagialah sesiapa yang hidup dalam bulatan gembira ini. Penuh kasih sayang dinuansa dengan kata-kata penguat jiwa. Perjuangan yang dilalui terasa lancar dengan adanya sahabat seperjuangan yang mengingatkan Allahlah sebaik-baik penolong.
Rindu sungguh ya Allah, dengan kata-kata ‘ana uhibbuki liLLah ya ukhti’, dengan terma-terma seperti ukhuwah fillah, jihad, mehnah, usrah, qiammullail, mukhayyam, muktamar, liqa’, doa robitoh, amal jamaie, amal fardi, amal ijtimaei, munajat, wehdatul amal, wehdatul fikr dan sebagainya. Ya Allah, Subhanallah, Masya Allah, aku rindu ya Allah.. Apa daya aku untuk menjadikan diriku seperti dahulu… penuh semangat, tetap pendirian dan berbagai kehebatan jiwa yang lalu.
Aku rindu zaman ketika halaqah adalah kebutuhan, bukan sekadar mengisi waktu lapang apalagi hiburan.
Aku rindu zaman ketika membina adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan.
Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekadar pelengkap program yang dipaksakan.
Aku rindu zaman ketika thiqah menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan.
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan dan mencari kepentingan.
Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan, bukan su’u zhon atau menjatuhkan.
Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk dakwah ini.
Aku rindu zaman ketika nasyid ghuraba' ibarat menjadi lagu kebangsaan.
Aku rindu zaman ketika hadir liqa' adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian.
Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa duit RM1, alat tulis, buku catatan dan tafsir Al Quran serta ditambah sedikit hafalan.
Aku rindu zaman itu, ya Rabb. Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami. Teguhkan kami di jalan yang Kau redhai...
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-17434199266206674692011-12-30T22:01:00.000+08:002011-12-30T22:01:10.159+08:00Akhlak KitaAkhlak buruk orang tak suka. Allah lagi tak suka. Kita ni banyak sangat cakap tapi tak buat. Kita nak orang buat macam ni macam tu kat kita tapi kita sendiri terhadap orang lain?
Pentingkan diri sendiri. Rasa diri lagi mulia dari orang lain. Akhlak nabi ke tu?
Kalau betul kita sayangkan baginda, selawat hari-hari tapi sunnah mulia Nabi kita tinggalkan; apa erti mengaku baginda pesuruh Allah?
Kita yang banyak bercakap dan buat kesimpulan sendiri. Melahirkan sangka-sangka buruk yang macam-macam. Mencanang kesalahan-kesalahan manusia yang kita sendiri buat. Ibarat mencalit lumpur ke muka sendiri. Mengadu domba, membuka aib dan rahsia, bercakap bukan perkara benar… aduh, sejauh mana kita mampu pergi dengan akhlak sebegini? Akhirnya kita terperosok. Allah tak pandang, manusia menyampah. huh
Dan akhirnya aku tersedar. hem
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-40740445012818688982011-12-28T19:32:00.002+08:002012-01-29T02:49:57.446+08:00Aku sedang FUTUR
Aku sedang futur,
solatku umpama persinggahan hambar,
puasa?
Ah, perutku tak tahan lapar,
malamku berlalu tanpa qiamullail,
mushafku tersisih tagih perhatian,
catatan amalanku mengeluh hampa.
Aku sedang futur,
melangkah ke jilsah terasa susah,
mendengar pengisian terasa muak,
aku mahukan bebas dan rehat,
bukan langkah yang sering diatur,
bukannya taklifan yang sering membeban.
Aku sedang futur,
bermalas santai menonton filem,
bertukar cerita berbual kosong,
lebih ku suka dan ku damba,
dari ziarah yang belum tentu hasilnya,
dari tazkirah yang belum pasti penerimaannya.
Aku sedang futur,
dakwah bagai merampas segala,
studyku, wangku, masa lapangku,
amar maa'rufku bukannya dipeduli,
nahi mungkarku dibiar sepi,
jadi, untuk apa aku bertahan lagi?
Ya, aku memang sedang futur!
Tapi kenapa kalian menjauh?
Mengapa tiada tangan yang menghulur,
memaut bahu berkongsi kekuatan,
menutur mau’izah mendamai jiwa?
Bukankah kita umpama bangunan,
saling menguatkan pabila lemah,
saling memperingat tatkala lupa?
-quoted
Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5255093823503648695.post-40912595149438828022011-09-27T04:14:00.002+08:002011-09-27T08:41:10.509+08:00Because I'm Weary
The old and aged story called “dream” now knocks on my heart..
The familiar scenery that’s too far away to be touched
because I`m weary cause I`m weary
Among the clingy world that’s walled out
I plug my ears and sing the song from my childhood
Within the memory of forest that has no start or end
Then I soothe my bruised heart from wandering in the forest
because I`m weary cause I`m weary
Today, another hard day…
The unexpected sound of thumping heart
The thump that can’t be forgotten even if I frown my face
Because I love You, cause I love You...
Once the cold wind touches the heart
The unforgettable events covers my eyes
Naïve heart, the night full of trouble and on top of the lines
I’m gasping for breath as I wipe the sweat
Because I love you, cause I love you
Among the clingy world that’s walled out
I plug my ears and sing the song from my childhood
Within the memory of forest that has no start or end
Then I soothe my bruised heart from wandering in the forest
because I`m weary cause I`m weary
walyatalattofhttp://www.blogger.com/profile/17304865058290589605noreply@blogger.com1