Ini adalah cerita bergambar yang sebenar. Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ini adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi iaitu seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel
Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengarkan soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, "Demi Allah, jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan solat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah".
Wahai saudara-saudara sekelian, Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan solat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?
masya Allah.. mulianya insan ini.. hinanya diriku ini
BalasPadamsubhanallah....
BalasPadamyang..post ni amat menarik..
tahniah..
ramai orang zaman skang ni..
tang menghargai nikmat yang allah beri..
kat kolej aku pun ade sorang yang cacat..
tak bleh jalan..
gune kusi roda..
tapi hari2 die ke masjid untuk solat jemaah...
termasuk solat subuh..
tapi yang aku terkilan sangat..
ke mane orang2 lain yang allah kurniakan nikmat kesihatan tapi tak pi solat berjemaah di masjid...
aku mmg btol2 terkilan...
same2 kie berubah ke arah yang lebih baik...
owh
BalasPadamaku pun mcm trase sgt bc post ni
sme2la kte muhasabah dri kte balik
sejauh mne amal ibadat kte t'hdp Allah s.w.t..
astgfirullahzm..
BalasPadamk.ija,teks 4 sharing dis post.
k.yang, tenks myedarkn kamii..
dis pos really touch my heart.
tenks :)
post yg mnarik..t'rasa sgt2..thanx k.ija share ngn ktorg...=)
BalasPadamthanx 2 my dear fren eja...aq daa bce..bess sgt
BalasPadamalahadulilah...segala puji bagi allah.
BalasPadam