Memaparkan catatan dengan label Sirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sirah. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Julai 2011

Umar Abdul Aziz

Umar Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam. Ibunya, Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar Al-Khattab. Beliau dilahirkan pada tahun 63 Hijrah bersamaan 683 Masihi di Kota Madinah. Beliau menghafaz Al-Quran sejak berumur 15 tahun dan berguru dengan beberapa ulama di Madinah, antaranya Imam Anas bin Malik, Urwah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar dan ramai lagi. Beliau berkahwin dengan anak Khalifah Abdul Malik bin Marwan, Fatimah.

Sebelum menjadi khalifah, beliau pernah menjadi gabenor dan dipecat kerana ada perselisihan. Namun akhirnya, beliau menjadi khalifah apabila Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik menamakan beliau sebagai pengganti keenam pada tahun 99 Hijrah.


Keperibadian beliau yang mulia membuatkan beliau disukai ramai serta sifat warak yang diwarisi moyangnya, Khalifah Umar Al-Khattab. Umar Abdul Aziz sangat berhati-hati dalam urusan harta negara dan rakyat sehinggakan beliau menyerahkan kesemua harta peribadi hatta harta isterinya kepada Baitulamal. Beliau mengembalikan semula tanah rakyat yang pernah dirampas khalifah terdahulu. Beliau juga memecat gabenor yang bertindak zalim dan digantikan dengan gabenor yang lebih baik. Beliau sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya sehingga banyak kisah yang tercatat yang menggambarkan sifat beliau yang adil dan amanah.

Penghayatan agama dalam kalangan rakyatnya juga ditekan dengan memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjemaah dan menjadikan masjid sebagai tempat mempelajari hukum Islam sepertimana pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para zaman Khulafa’ ar-Rasyidin. Beliau juga mengarahkan para ilmuan menterjemahkan bidang ilmu daripada bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab. Beliau menghantar pakar-pakar hukum Islam ke negara luar seperti Afrika Utara, India, Turki demi mengukuhkan dakwah Islamiah. Sumbangan beliau yang paling besar ialah mengumpulkan hadis.

Sifat beliau yang tidak banyak bezanya dengan moyang beliau, Umar Al-Khattab. Beliau sangat dikenali dengan menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Di antara sifat-sifat Umar Al-Khattab dan Umar Abdul Aziz yang sama ialah amanah, mengamalkan kesederhanaan menjadi contoh dan disegani serta sentiasa mendahulukan orang lain dari diri sendiri.

Selasa, 8 Jun 2010

Manusia bergigi rongak yang paling mulia di muka bumi

Seronok juga main teka-teka di fb. Satu hari, Amalina berteka-teki di statusnya ; siapakah yang paling mulia di muka bumi ini yang rongak giginya? Lalu, ramaila sahabat-sahabat yang mencuba nasib, meneka siapakah gerangannya yang mulia dan rongak giginya itu...

Amal : Manusia bergigi rongak yang paling mulia di muka bumi... Siapakah???

Saya : gigi rongak? plg mulia? sape?

K. Arikah : akk nak jwb soalan dgn soalan boleh? Dia termasuk dlm 10 org yg dijanjikn syurga kan? =)

Amal : hehe. teka la k yang... salah sorg sahabat Rasulullah S.A.W. Beliau gigi rongak pom demi Rasulullah...

Mirah : sape ye? oyak la

K. Arikah : hehe2..tu akk tmbh lg clue tu..pasni akk kne buat gak la soalan : senaraikan 10 org shbt nabi yg dijanjikan syurga.. =p .akk nak bg chance kat org len =p

Amal : yup2 pandai kak arikah men teka teki ye...^_^ .kak yang n mirah, ala x best la klu bg jwpn tros. nk ade org teka gak...

K. Arikah : next clue...ni yg paling famous: setelah islamnya dia pernah membunuh ayahnya sendiri yg kafir ketika itu..

Saya : Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Talhah b. Abdullah, Zubair b. Awwam, Saad b. Abi Waqqas, Sa'id b. Zaid, Abdur Rahman b. Auf, Abu Ubaidillah b. Jarrah... mne 1?
p/s: xthn nye p snarai sume..hu3

Saya : uh, dh jmpe dh.! Beliau ialah Abu Ubaidillah b. Jarrah. kisah giginya rongak krn pd mse perang uhud, panah musuh tlh mngenai rahang bginda dn abu Ubaidillah mncabutnya dgn giginya sndri shingga giginya trcabut.. maka Rasulullah pun m'beri gelaran gagah dn jujur. =)

Saya : em, tp xtau plak crite ttg setelah islamnya dia prnh m'bunuh ayahnya sndri.. boleh tlg citer sket?

Amal : wah22, gud2 kak yang. mmgla mcm kak yang yg dlu.hehe. tp makin mantop erk loni. yg psal bunuh ayah beliau sdiri tu, sy serahkan pd ustzh arikah.hehe. k rikah ape lg. story la.^_~

Saya : hu3..bkn pape pon,.cma dihambat curiousity yg tnggi..heheh

K. Arikah : ups..sori terlmbt..bkk blk fb lps xm..ehe.. smbungan cerita: =) . waktu perang uhud tu ayah abu ubaidah berada di barisan hadapan tentera kafir..dia sentiasa mengejar utk membunuh anaknya sendiri. sedangkan waktu tu abu ubaidah sedaya upaya mengelak untuk tidak bertemu dan membunuh ayahnya.. ayahnya menyangka anaknya itu takut utk berhadapan dgnnya.Sedangkan ketika itu abu ubaidah tidak mahu menumpahkan darah ayahnya sendiri.. tetapi akhirnya terhunus jua pedangnya pada ayahnya..

Mase duk jawab teka-teki tu, saya search kat pak cik google terjumpa artikel ni.

Rasulullah saw pernah bersabda; “Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah al Jarrah.”

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda lagi ; “Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al Jarrah.”

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.

Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

Setelah menjadi pengikut Nabi Muhamad saw, Abu Ubaidah al Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw. Dalam perang Badar Abu Ubaidah al Jarrah cuba mengelak dari bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah saw.

Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22 yang bermaksud.

“Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.” (Al Mujadalah ayat 22)

Semasa berlakunya perang Uhud, Rasulullah saw terkena anak panah yang dilepaskan musuh lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut. Rasulullah saw memberinya gelaran “Gagah dan Jujur”.

Suatu hari datang satu rombongan dari Najran menemui Rasulullah saw lalu meminta baginda menghantar seorang yang boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran di kalangan mereka serta mengajar agama Islam. Rasulullah saw berjanji akan menghantar seorang sahabat yang gagah dan jujur. Sehubungan dengan itu Umar al-Khattab berharap beliau yang akan dipilih Rasulullah saw tetapi orang yang berani dan jujur yang dimaksudkan itu ialah Abu Ubaidah al Jarrah.

Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.

Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau singgah di rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda sahaja.

“Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu Ubaidah al Jarrah.

Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga berjaya menakluk Baitul Maqdis.

Setelah menyelesaikan tugasnya, berlaku wabak penyakit Taun di Syam. Khalifah Umar al-Khattab mengirim surat memanggil Abu Ubaidah al Jarrah pulang ke Madinah namun beliau menolaknya kerana tidak sanggup membiarkan penduduk Syam dan tenteranya dalam bahaya sedangkan dia melarikan diri. Beliau menulis surat kepada Umar al Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu tuan memerlukan saya, akan tetapi saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah jangan paksa saya pulang ke Madinah dan izinkanlah saya tinggal di sini.”

Setelah Umar al Khattab membaca surat itu, beliau menangis sehingga para sahabat menyangka Abu Ubaidah al Jarrah sudah meninggal. Umar menjawab, kematiannya sudah di ambang pintu.

Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya ; “Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”

Setelah Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia, Muaz bin Jabal mengambil alih tempatnya lalu berucap di hadapan orang ramai.

“Wahai sekalian kaum Muslimin! Kamu sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”

Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Urdun dalam wilayah Syam. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun.

Jumaat, 26 Februari 2010

Pemergianmu...

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada di dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, iaitu Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, jikalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkan aku, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badannya dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia demi menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu nabi ini.

"Jibril, jelaskan apakah hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat dan bidadari sedang menanti ruhmu. Semua pintu syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. Rasulullah bertanya lagi, "Khabarkan kepadaku bagaimanakah nasib umatku kelak?". Rupa-rupanya hal umatnya menjadi kerisauan baginda. Jibril memahami ketinggian kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya, lantas menjawab, "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya'," kata Jibril.Lalu Rasulullah tersenyum gembira mendengar perkhabaran itu.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua rasa sakit sakaratul maut umatku kepadaku!" Ah, betapa cintanya Rasulullah terhadap umatnya! Di saat baginda menghadapi ajal, nasib umatnya yang masih difikirkan.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajah dengan tangannya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku." Rasulullah tidak menyebut nama isterinya Khadijah yang disayangi, malah tidak menyebut nama Aisyah yang sedang memangkunya, juga tidak menyebut nama sahabat setianya Abu Bakar As-Siddiq, tetapi Rasulullah menyebut ummati.,ummati.,ummati! Apakah ada cinta yang lebih tinggi atau sebanding dengan cinta Rasulullah terhadap kita?

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi.


Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...