Khamis, 31 Disember 2009

.:malam tahun baru yang penuh bergaya:.

Salam nikmat islam dan iman,.
Lirik lagu Insya Allah nyanyian Maher Zain saya selitkan di entry kali ini, pada malam tahun baru yang penuh bergaya!
jangan sambut tahun baru dengan kelalaian, terkinja-kinja dalam kemeriahan maksiat. mari kita mendamba cinta Tuhan,. tenggelam dalam kecintaanNya
tinggalkan rimba dunia!

Insya Allah by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

p/s; azam baru tahun hijrah dah buat belum?

Selasa, 29 Disember 2009

Akhlak ibarat bunga di taman...


Akhlak adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai.

Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia." (Surah al-Qalam, ayat 4).

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan.

Seseorang yang mempunyai badan sihat, gagah, tampan, menarik, berilmu, kaya atau berpangkat, kalau mempunyai akhlak buruk dan perangai jahat, tidak ubah seperti muka yang cantik, tetapi mempunyai kesan guris luka berpanjangan.

Akhlak mulia atau hina terbit daripada jiwa atau hati. Jiwa seseorang itu saja yang akan menjadi pendorong menggerakkan perbuatan yang baik atau tercela.

Dengan mempunyai akhlak baik dan sempurna pada diri seseorang, maka dapatlah kita melahirkan sebuah masyarakat dan bangsa gemilang, terbilang dan cemerlang.

Hal ini kerana bangsa yang diasaskan dengan akhlak mulia saja akan dipandang mulia, bahkan boleh mengangkat martabat sesebuah bangsa ke tingkat paling tinggi antara ummah.

Di sinilah terbentuknya masyarakat madani yang mempunyai nilai positif dan mahmudah (terpuji). Setiap pekerjaan, pergaulan, perbuatan, hubungan individu, masyarakat, antarabangsa, kekeluargaan dan negara dijalin atas kesempurnaan akhlak.

Secara tidak langsung ia akan mewujudkan sebuah peradaban luhur bercirikan akhlak kemanusiaan sejagat dan tunduk atas kekuasaan Allah. Tanpa akhlak, manusia akan berbuat sesuka hatinya tidak mengira sama ada dilarang oleh Allah atau melanggar tata susila dan maruah mereka.

Masalah sosial yang semakin kritikal dan kronik dalam masyarakat, terutama golongan remaja pada masa kini disebabkan oleh budaya akhlak yang kian merosot.

Mereka mudah terpengaruh dengan budaya kehidupan Barat yang memang sudah runtuh nilai akhlaknya.

Ajaran Islam tidak pernah menyekat kebebasan dalam melakukan kegiatan kehidupan, tetapi hendaklah melalui batas yang ditentukan oleh syariat.

Segala yang dilarang oleh Allah swt mempunyai hikmah yang besar.

Isu keruntuhan akhlak bukanlah suatu perkara yang baru dalam masyarakat kita. Namun apa yang diharapkan adalah kepekaan dan usaha bersungguh-sungguh pada diri individu dan masyarakat dalam menangani masalah generasi muda.

Langkah yang perlu kita lakukan adalah berusaha mencari penawar kepada penyakit sosial untuk memulihkan sindrom yang menyerang generasi muda pada zaman ini.

Salah satu cara terbaik adalah pembudayaan akhlak dalam kehidupan seharian.

Keperibadian yang disulami dengan keimanan dan akhlak akan menerbitkan pekerti mulia dan menjamin kerukunan dan kesejahteraan sebuah masyarakat, negara dan antarabangsa.

Sumber: http://musleem.com

Sabtu, 26 Disember 2009

Manifesto Kegagalan

Dalam kebuntuan, ada sinar yang leka menusuk ke kalbuku. Tanpa disedari diri ini terasa insaf akan sifat Maha Pengasihnya Tuhanku dalam memberi kasih sayangnya pada makhlukNya. Dunia kini terasa lebar seketika. Walaupun pada hakikatnya banyak perkara yang menjadikan dunia ini sempit, kosong dari ketaatan. Dari kehidupan yang penuh pancaroba ini, apalah sangat secebis iman yang nipis, rapuh dan seperti daun kering yang mudah dihancurkan. Dalam kekacauan ini, ada banyak lagi huru-hara yang bakal dicetuskan. Entahlah sampai bila episod kebungkaman ini kan berakhir babaknya. Satu demi satu ia dilakonkan, tanpa disedari ia membuahkan kemurkaan Allah. Puncak keredhaan makin jauh tinggi, susah digapai dan makin banyak pula halangan menujunya. Bisakah aku menggapainya dengan tangan penuh debu dosa dan maksiat ini?

Saat Allah s.w.t. mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati. Di situlah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa-dosa yang lalu. Kemudian diganti dengan harapan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik : “Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”

Itulah pesanan ringkas yang datang bertandang ke telefon bimbitku. Seniorku memberi kata-kata tazkirah yang begitu anggun dan sesuai pada saat ini. Seolah-olah dia mengetahui apa yang aku alami sekarang ini. Tanpa dipinta, sekali lagi airmata kembali merembes ke pipi. Terasa perit untuk ditelan, terasa hiba bila dikenang tapi inilah hakikatnya.

Keputusan semester lalu begitu menggugah jiwa dan perasaan. Tak semena-mena aku begitu rasa terpukul. Ibarat ditimpa batu besar lagaknya. Menjadikan hati tidak keruan. Rasa kecewa, malu, sedih, rendah diri bercampur menjadi satu.

Pada mulanya, aku menangis semahu-mahunya. Menangis seperti orang yang diberitahu menghidap kanser dan hanya boleh hidup dalam masa sebulan lagi lagaknya! Aku jadi lemah, aku menderita dengan akibat yang dicipta sendiri. Hanya Allah lah tempat aku mengadu kembali setelah sekian lama aku meninggalkanNya.

Aku tahu, aku bukanlah tidak berkemampuan untuk mendapat yang lebih baik tapi lalai, malas, tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh malah jauh pula dari Allah adalah sifat yang mengekangku dari mencapai kecemerlangan.

Aku tahu Allah nak beri pengajaran kepada aku supaya aku sedar yang selama ini aku telah mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba. Aku juga tidak memenuhi hak-hak kepada manusia sekeliling.

Aku faham bahawasanya Allah menyayangi diriku, jadi dengan sebab itulah Allah beri aku ujian ini. Allah mahu aku sentiasa mendampingiNya. Allah mahu aku selalu menjadi hambaNya yang sejati, kerana Allah menyayangiku!! Betapa indahnya percaturanMu, ya Allah.

Aku tahu Allah sebenarnya mahu menguji keikhlasanku dalam berjuang dan masa yang sama menuntut ilmu keranaNya. Jika aku tidak sabar atas ujian ini, maka aku akan semakin rugi. Semakin jauh dengan Allah. Semakin tidak menyakini Allah.

Bahkan aku sedar bahawa di sebalik semua ini pasti ada hikmahnya. Ada perancangan Allah yang lain. Barangkali Allah mahu memberi kegembiraan dengan cara yang lain. Mungkin juga bukan rezeki aku kali ini. Ataupun mungkin juga jika aku mendapat apa yang ku inginkan, aku semakin alpa dan lagho malah makin jauh dari Allah. Ya Allah, mungkin juga sebab aku tak cukup rapat dengan Allah, jadi Allah nak bagi nasihat pada aku untuk sentiasa mendekatkan diri padaNya. Bukankah aku milikNya? Maka Allah berhak ke atasku. Allah mencintaiku!

Rasakan wahai diriku, ibrah dari Allah yang begitu indah ini. Rasakan aliran kasih sayang Allah yang Dia turunkan saat kau menangis kekecewaan dan penyesalan ke atas dosa-dosamu yang lalu. Bangkitlah dari tidur lenamu yang panjang yang penuh angan-angan dusta dan melekakan. Bangkitlah berdiri berjuang demi menegakkan agamamu.

Ya Allah, kau tenangkanlah jiwa hambaMu yang gelisah ini. Berikanlah kepada hamba kekuatan untuk menghadapi dugaan dunia ini. Tolonglah hamba dalam mengubati hati yang sedih. Kurniakan kepada hamba kekuatan untuk terus berjuang tanpa putus asa dan malas. Tunjukilah hamba jalan yang benar, jalan yang Engkau redhai. Pimpinlah hamba dalam mengharungi kegelapan dek kerana alpa dan leka ini. Kerana Kau adalah Tuhan yang Maha Satu. Tiada dua. Tiada tiga. Kau ampunilah dosa hamba yang segunung Uhud ini dengan sifat kepengampunanMu yang tak terbanding dengan sebesar apa pun.

Kerana cinta yang paling agung di alam maya ini ialah cintaMu terhadap makhlukMu. Kerana Kau tidak akan membebani hambaMu dengan sesuatu yang tidak mampu untuk ditanggungnya. Kerana Engkaulah yang Maha Memahami, Maha Pengampun. Terima kasih Allah!

Selasa, 22 Disember 2009

Hidayah tu kita punya ke?

Tadi tengahari hujan turun mencurah dengan lebatnya. Selepas menunaikan solat zuhur, saya berteleku semula di katil menghabiskan sisa-sisa bacaan yang tertinggal dalam buku ‘Aku Terima Nikahnya’ karya Ustaz Hasrizal. Buku itu saya hadam tanpa henti sejak pagi tadi lagi dari bacaan terhenti semalam sampailah ke muka surat terakhir. Betul-betul mengajar erti hidup pada memberi.

Petang kelmarin saya bersama rakan sekumpulan menelaah nota-nota tentang Mazhab Hanbali untuk kami buat ringkasan dan bakal dibentangkan dalam kelas Nusus Fiqqiyah yang akan datang. Dalam perbincangan ringan itu yang hanya sekadar menyusun maklumat yang sedia ada, kami berbasa-basi bercerita tentang kelas semester kali ini yang tidak berkesudahan ‘jodoh’ sekelas dengan pelajar sains sukan. Boleh dikatakan semua subjek fakulti, sarjana pendidikan Islam dipadankan satu seksyen dengan sains sukan. Kalau semester lalu, hanya satu subjek saja dan itu saja sudah cukup memeningkan kepala kami menelan segala ‘kemeriahan’ kelas. Pertembungan yang sengaja dilakukan; seolah-olah dua kumpulan manusia yang datang dari planet berlainan berkumpul!

Lebih mengharubirukan, pelajar lelaki ssk lebih ramai dan spi pula rata-rata terdiri dari ustazah2. Faham-faham sajalah. Pertembungan dari segi kefahaman, pengetahuan, pendirian. Kelas selalu gamat dengan usikan, suara-suara nakal selalu saja berkumandang; tidak kira lecturer ada ataupun tidak. MasyaAllah, Allah saja yang tahu bagaimana. Saya yang sememangnya ‘syadid’ dan dulu bernafas dalam ruang udara yang ‘segar’, sedikit lemas dan rimas. Kami lebih memilih untuk membatu pabila mahasiswa banyak bercakap, menyampuk, dan kadang-kadang melakukan tindakan yang keterlaluan yang boleh mencabar kesabaran. Pedulikan saja mereka! Itulah kata-kata yang selalu memujuk hati yang tengah panas.

Namun, bila kami diberi peluang untuk bercakap dalam kelas ketika pensyarah menganjurkan forum atau perbincangan, kami gunakan sebaik-baiknya bagi memulangkan sepuasnya paku buah keras! Mereka biasanya akan terdiam tetapi itu bukan menghentikan kerenah mereka. Namun itulah saja kesempatan yang boleh sekurang2nya untuk memberikan sedikit kesedaran selain forum di dalam elearning.

Di sinilah survival sebenar. Sejauh mana kita melihat mereka dengan kacamata seorang saudara seislam lebih-lebih lagi kesedaran Islam itu kita garap. Di sini juga medan untuk berjinak-jinak dengan masyarakat yang mungkin mereka2 ini (ssk) hanyalah 0.1 peratus saja dari kebejatan di luar sana. Untuk meneruskan survival sebagai muslim ini, kita sendiri yang seharusnya menatap terlebih dahulu sirah-sirah atau kisah teladan yang boleh diambil pengajaran.

Seringkali juga hati saya melepaskan geram dengan memandang sinis kepada mereka. Namun, itu bukanlah tindakan bijak malah dilarang sama sekali. Malah tiba-tiba saya teringat akan satu teguran adik lelaki saya. Ketika itu saya menyatakan kejengkelan terhadap perempuan yang memakai pakaian menjolok mata di jalanan.

“ Ya Allah, tak takut neraka diorang ni? Pakai macam ni tak ingat Allah ke?”. Kata saya sebagai tanda reaksi terkejut dengan pemakaian gadis tersebut yang jarang-jarang boleh dilihat di bandar Machang sewaktu 3 tahun yang lalu. Farid pun menegur keras saya dengan persoalan juga.

“Kita cakap macam tu kat dia, kita ni confirm ke masuk syurga? Boleh jamin ke hidayah yang kita dapat sekarang boleh kekal sampai bila-bila?”. Saya terkedu seketika. Terpukul.

“Kita cakap macam hidayah tu kita yang punya. Mana tahu kalau dia dapat hidayah macam kita dan faham apa yang kita faham, dia lebih baik dan berakhlak dari kita.” Adik saya menyambung lagi. Saya termalu sendirian dengan Farid yang lebih faham konsep hidayah dari saya.

Ya, jangan sesekali memandang rendah kepada orang yang mungkin kurang faham Islam dan tidak mengamalkan Islam sebaiknya. Sebenarnya, itulah tanggungjawab kita menyampaikan apa kita faham ini dengan melaksanakan amar maaruf nahi mungkar kepadanya. Membiarkan orang lain terus menerus melakukan kejahatan sedangkan kita tahu itu adalah maksiat, seolah-olah mahu diri kita saja yang masuk syurga. Bbaik sore. Ingatlah, Allah tidak menilai keberhasilan kita dalam menyampaikan kebaikan, tapi usaha-usaha kita dalam menyampaikan yang baik itu. Dengan ukuran itulah Allah menilai.

Ketika singgah di cafe, mata saya tertangkap ke kaca televisyen. Rancangan Al-Kuliyyah TV3 berlangsung dan seorang panel sedang bercakap tentang bagaimana mahu mengubah seseorang yang sudah lanjut usia kembali kepada cara hidup Islam. Saya menonton sebentar. Beliau berkata, usaha harus diteruskan. Maksudnya memberi nasihat tanpa henti, mengajak ke arah kebaikan. Tidak boleh putus asa. Beliau juga menekankan hati kita mesti menyatakan keazaman untuk seseorang itu berubah. Kita tidak boleh berputus asa dalam berusaha mengajaknya kepada Islam. Hati kita harus mengatakan bahawa insan ini boleh berubah, masa masih belum terlambat lagi dan berdoa tidak putus supaya Allah membukakan pintu hatinya untuk menerima seruan maaruf. Tidak guna memberi nasihat, tapi dalam hati kita menyatakan usaha dakwah ini bakal jadi sia-sia kerana percaya dia takkan berubah. Persoalannya, siapakah kita untuk menetapkan hidayah bagi orang lain???

“Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah (tidak menghiraukan) daripada orang-orang yang jahil.” Ayat 199, Surah Al-A’raf

Rabu, 16 Disember 2009

Sabar


Sabar. Itulah yang diseru Allah kepada orang yang beriman. Sabar membawa erti tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Allah menyatakan kebersamaanNya pabila orang-orang beriman bersabar sepertimana kalamNya :
“Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar”

Dalil yang cukup mudah bagi memujuk hati sang pejuang agama. Kemanisan buah kesabaran bakal dinikmati suatu hari nanti bagi hadiah buat insan yang tidak jemu-jemu yakin dengan janji penguasa alam ini.

Yakinlah tiap kesusahan ada kemudahan.
Tiap yang memeritkan itu ada imbalannya.
Tiap yang menyakitkan itu adalah kifarah yang tersembunyi.
Tiap kekalahan yang dihadapi ada kemenangan yang menanti.
Tiap kesusahan itu ada kemudahan selepasnya.

Kerana ajaibnya orang beriman itu bersyukur pabila diberi nikmat dan bersabar tiap kali diuji musibah. Kerana tarbiyah Allah itu istimewa, memberi kita susah untuk menguat bukan melemah, menghampar derita untuk mendidik hati yang hilang cahayanya. Itulah hamparan kasih sayangNya yang agung di laluan kehidupan insan. Terzahir cinta Allah kepada hambaNya.

Hebatnya iman,

“Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang tidak ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (49:15)

Semoga sama-sama istiqamah dalam perjuangan, InsyaALLAH =)

Salam thabat.

Selasa, 3 November 2009

Belajar Dari ADIK...


Adik merupakan adik bongsu saya. Antara insan yang saya kagumi dalam keluarga selepas ibu saya. Walaupun ber’title’ adik bongsu, dia bukanlah manja dan cengeng seperti anak bongsu yang lain. Dia sangat tabah mengharungi kehidupan seharian dengan berbekalkan azam dan azimat yang cukup tinggi.

Masih basah lagi dalam ingatan saya, bagaimana seorang budak perempuan berumur enam tahun menerima kematian bapanya yang hanya dikenali dengan panggilan saja, bukan dengan kasih sayang. Dia merengek-rengek pada ibu saya untuk pulang ke rumah pada hari itu (hari sabtu) memandangkan esok adalah hari persekolahan di tadika. Pengebumian dijalankan di rumah datuk kerana arwah abah yang sakit pada masa itu dijaga oleh saudara mara di kampung.

Dia tidak mengerti mengapa pada hari itu begitu ramai sekali orang yang berkunjung ke rumah datuknya. Dia tidak memahami mengapa orang di sekelilingnya mengalunkan Surah Yasin di ruang tamu. Dia juga bingung mengapa si bapa dari tadi tidak membuka mata dan tidak sedarkan diri walaupun orang semakin ramai dan ‘bising’ mengganggu lena. Sesekali terdengar, ‘bila kita nak balik rumah?’, atau ‘kenapa ramai sangat orang hari ni?’. Dan tiba-tiba dia tersedar satu perkara luar biasa. Kenapa diselubung wajah abah? Nanti abah lemasla. Kenapa abah tak sedar-sedar walaupun wajah dan badannya disiram air? Mengapa dibungkus tubuh abah dengan kain putih? Eh, mengapa pula tiba-tiba orang ikat badan abah ketat-ketat? Eh ma, kak yang, kenapa orang tutup muka abah? Kenapa orang tu ikat kepala? Uhuk, abah nak pegi mana ni?? Itulah soalan-soalan yang saya dan ibu tidak mampu menjawabnya.

Sejak peristiwa itu, dia berubah menjadi pendiam dan pemendam rasa. Menjadi pesimistik dan kadangkala berkeinginan membunuh diri. Saya yang sedar perubahan itu banyak meluangkan masa dan mendekatkan diri padanya. Pada sayalah dia meluah rasa. Bahaya menjadi pemendam rasa. Benda yang disimpan ada had tempohnya. Tiba masa boleh meletus keluar menjadi raksa. Saya ingat bahawa adik memang tidak pernah berkesempatan merasa kasih sayang abah kecuali sekejap saja. Dan sebelum kematian abah, banyak peristiwa berlaku menyebabkan dia terkejut dan menjadi pendiam. Adik membesar dalam kehilangan itu.

Namun, dalam masa yang sama dia berubah menjadi matang dan berfikiran tajam. Kata-katanya walau payah untuk didengar tapi cukup menggambarkan keperibadiannya yang cekal. Ini membuatkan dia berbeza dari rakan sebayanya. Adik menjadi pelajar cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburinya. Menjadi permata kepada guru, dan menjadi pembimbing kepada rakan-rakan. Di rumah, dialah anak yang paling rajin, paling baik, paling bijak dan paling prihatin. Tidak hairanlah adik menjadi sebutan mak dalam apa jua perkara. Betapa bangganya ibu saya bila mengenangkan adik.

Dia pernah ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, tapi tidak mahu pergi atas alasan tidak mahu meninggalkan ibu. Dia bersekolah di sekolah agama biasa dan seperti selalu - menjadi pelajar harapan. Peribadi adik makin anggun dan menjadi kekaguman bagi sesiapa yang mengenalinya. Saya banyak belajar dari dia dari segi sikap, semangat, pendirian dan komitmen dia dalam menjadi anak yang solehah dan hamba Allah yang diredhai. Dia memang dikatakan kaki study dalam keluarga. Dalam umur 13 tahun, sudah mengenali qiyammullail dengan baik sedangkan saya sendiri pun masih terkial-kial melaksanakannya!

Itulah adik..tidak pernah meninggi diri dengan kelebihan yang ada. Tidak pernah dia membantah atau melawan kata-kata ibu dan juga abang dan kakaknya. Walaupun sebenarnya adik lebih bersikap ‘kakak’ dan kami (saya) yang bersikap ‘adik’..
Ibrah Allah s.w.t. ada di mana-mana dan dari adik saya yang bongsu ini, saya mendapat ibrah yang amat berharga. Kentalnya dia dalam mencapai cita-cita, merealisasikan impian mana-mana ibubapa sekalipun iaitu menjadi anak yang soleh kerana doa anak yang solehlah yang mengiringi hari ajal kedua ibu bapanya.
Dalam merenung kehidupan adik yang tidak pernah kenal erti putus asa, saya jadi malu sendiri. Dan tiba-tiba rasa semangat untuk menghadapi hidup hasil ibrah dari adik. Sebenarnya tak ada masa untuk main-main kerana perjuangan belum selesai.

Yang!!! Study killer cam adik! Jadi baik macam adik! Rajin buat kerja rumah cam adik! Jadi matang cam adik! Jadi solehah macam adik! Patuh pada ma macam adik! Rajin belajar tanpa jemu macam adik!

Sabtu, 31 Oktober 2009

Fasa-fasa final exam..


Jangan kata malas!

Jangan kata payah!

Jangan kata tension!

Jangan kata tak suka!

Kerana malas itu sifat munafik,
Kerana payah itu ada kemudahan selepasnya,
Kerana tension itu sifat orang yang tidak dekat dengan Tuhan,
Kerana banyak perkara yang kita tak suka tapi sebenarnya baik untuk kita…

Yang, be strong! U are great actually
No matter what a big problem comes,
What a hatred people seeing over u,
What a lot work that burden u,
U can overcome it, u can solve it,
B’coz u are muslim,
So PROVE that Islam is GREAT!

Khamis, 29 Oktober 2009

UTM Bila Pulak?

Salam nikmat Iman dan Islam buat semua pembaca budiman.

Teruja dengan kebangkitan pemikiran mahasiswa yang semakin terbuka dan bebas tanpa dipengaruhi dengan konsep yang entah apa-apa, saya selitkan pada entry kali ini dengan post dari blog Nasruddin Hassan, seorang ahli politik terkenal. Beliau merakamkan penghargaan dan terharu kepada mahasiswa uia kuantan kerana berani mengadakan diskusi kontroversi ini.

WACANA ILMIAH TERBUKA DI UIA KUANTAN



1. Program Wacana Ilmiah yang bertajuk : Sebat Kerana Arak : Adilkah ?

2. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadhir . Saya difahamkan antara yang turut diundang ialah pihak media untuk membuat liputan dan sejurus selesai majlis tersebut , satu sidang media akan diadakan .

3. Wacana tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut :

Hari : Khamis
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 22 Oktober 2009

Tempat : Auditorium KOM
UIA Kuantan Pahang .

Panel :

Dato' Safri Abdul Aziz [ Exco Agama Negeri Pahang ]
En. Najid Husin [ Peguam Syarie Negeri Pahang ]
Dato' Hamidah Marican [ Sister In Islam ]
Nasrudin Hassan at Tantawi [ Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]

Masuk adalah percuma .

SUBURKAN BUDAYA WACANA ILMIAH



1. Alfun Mabruk saya ucapkan kepada IIUM Kuantan dan seluruh warganya kerana berjaya menganjurkan " Intellectual Discourse " bagi mencari ruang cerah dan jelas buat Islam yang suci ini .

2. Tajuk wacana ilmiah yang dibincang semalam ialah [ Sebat Kerana Arak : Adilkah ? ] .

3. Wacana yang sepatutnya membariskan panel dari UMNO [ Yb. Dato' Safri Abdul Aziz - Exco Agama Negeri Pahang ] , SIS [ Dr. Hamidah Merican ] , Peguam Syarie [ En. najid Husin ] dan PAS [ Nasrudin Hassan ] .

4. Malangnya , wakil UMNO dan SIS tidak hadhir dan wacana semalam hanya membariskan saya, peguam syarie dan seorang tokoh akademi al Fadhil Ustaz Zaharudin Mohd. Tentunya ketidakhadhiran wakil UMNO dan SIS dilihat tidak membantu untuk mencapai objektif penganjuran program wacana tersebut . [ Antara objektif mereka ialah memberi penjelasan sebenar dari sudut syariat , undang - undang dan kesan - kesan sosial atau politik dari perlaksanaan hukum sebat ke atas pesalah arak .]

5. Sebelum ini isu berkait sebat arak telah ditimbulkan oleh SIS dengan kritikan terbuka mereka kepada mahkamah syariah dan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah disamping menyifatkan undang - undang sebat ke atas pesalah arak adalah kejam dan zalim .

6. Sepatutnya mereka hadhir bagi mengemukakan hujjah yang menjadi asas tindakan mereka sehingga mencetuskan keresahan di kalangan ummat Islam . Malah saya percaya sebahagian besar hadhirin semalam hadhir untuk mendengar hujjah SIS yang begitu lantang mengkritik hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah tersebut .

7. Kegagalan mereka untuk hadhir termasuklah Exco Agama Negeri Pahang sangat dikesali kerana langkah murni pihak IIUM Kuantan untuk mencari noktah penyelesaian dan pencerahan dalam isu ini akhirnya menjadi perbincangan satu hala tanpa perbahasan dan dialog ilmiah yang kritis .

8. Sebelum ini saya sendiri telah mengemukakan tawaran terbuka kepada SIS agar tampil dalam apa jua bentuk forum bagi membahaskan isu ini atau mana-mana isu agama yang mereka cetuskan kontroversinya sebelum ini . Nyata mereka sering tidak bertanggungjawab keatas kekeliruan yang mereka cetuskan seperti sengaja mereka mahu meletakkan masyarakat dalam keliru terhadap Islam dan syariatnya .

9. Saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada IIUM dan seluruh jawatan kuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan wacana ilmiah yang bersejarah ini . Saya difahamkan inilah kali pertama program seumpama ini dianjurkan oleh mereka dan mendapat sambutan diluar jangkaan mereka . Semoga program seperti ini menjadi kelaziman atau aktiviti rutin bersifat bulanan atau dwi bulanan dengan mengundang tokoh-tokoh dari pelbagai latar belakang untuk berhujjah menjernihkan kekeliruan dan menegakkan kebenaran .

10. Saya juga mengharapkan institusi-institusi lain mengambil langkah yang sama untuk menyuburkan budaya intelek dikalangan masyarakat agar tidak lagi menerima dan menolak sesuatu hanya berpijak di atas palang emosi yang sering mencetus sengketa . Sebaliknya terima dan tolak sesuatu mestilah bersandarkan hujjah dan nas yang jelas .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi

Komen saya, wacana ilmiah sebegini seharusnya menjadi agenda utama di pusat pengajian tinggi bagi mencairkan ‘pembekuan otak’ mahasiswa yang sekian lama disimpan dalam ‘freeze’ hedonism. Sementelahan pula, wacana ilmiah yang seiring dengan isu semasa dan paling penting ia berkaitan dengan Islam – secara tidak langsung meningkatkan sensitiviti mahasiswa terhadap isu berkaitan Islam. Yang mana asyik berteleku di bilik dan perpustakaan, boleh juga hirup-hirup udara segar dan hangat di dewan diskusi.

Dalam perasaan inginkan wacana sebegini di kampus saya belajar, saya bertanya sendiri, bila agaknya kampus utm skudai ni nak adakan majlis ilmu sebegini?

Teringat saya akan ucapan Naib Canselor UTM, Prof Dr Zaini Ujang yang bertajuk Universiti, Kreativiti, Inovasi. Antara ahli akademik yang begitu mementingkan budaya ilmu dan naib canselor universiti termuda di Malaysia. Beliau mengungkapkan senario semasa yang perlu diubah iaitu "Betapa menjadi pensyarah tidak lagi memerlukan kemantapan intelektual dan kesegaran idealisme terhadap akademia. Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi, 'kegilaan membaca dan menulis' dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting. Tidak ada lagi debat atau diskusi ilmiah tentang isu-isu pokok yang membabitkan perkembangan isu semasa dalam arena politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi. Kalaupun ada jarang sekali dianjurkan. Itu pun dengan segala macam syarat dan perkiraan supaya tidak bersifat sensasi dan sensitif. Akhirnya aktiviti kampus yang sepatutnya meriah ilmu menjadi hambar dan lesu..."

Rasa-rasanya siapa dulu nak ajukan cadangan buat diskusi tentang isu gagasan IFC yang telah diluluskan dan Azlina Joy yang menang di mahkamah di UTM?

Ahad, 25 Oktober 2009

Soalan Pelik!


Mcm2 bdop mahad ni. Ari tu, junior aku kat mahad ata msg b’tnyakan hal spt di bwh ni. Pening kakloh nk jwb, tp jwb jgok. Ni antra msg hok dok t’dlete. Hok lain t’dlete doh.

Junior aku : Ado kwn ore ne, dy luah mslh dy ko ore..dy oyap, dy ne jns xcye ko smua mkhluk ats bumi ne.dy kte, sme hk ad ats bumi ne,xdop gne gpo2 pom,sia2 jah ..t’msk la bljr.dy oyp xyoh bljr xpe,wt nyush jah..lg nye dy oyp,bkpe kne dalami ilmu dgn bljr n bce nyo?wt bzr je..ph 2,gne ore nk oyap ko dio k.yang?

Aku : Kwn awk ni ade mslh aqidah ke?

Junior aku : Ore ase dy ado mslh lau dr sgi aqdah 2,xtau la.tp y pst nye ore ase mslh dy dlm ktauhidan kot.sbb nye dy oyp,xleh ke lau kt dnia ne,hny kte ngn Allah je..xdop ore len.xleh ke lau p’buatn kte hri2 jst ngadap Allah je?dy tny ore bkpo tuntut ilmu satu ibdh?mnyushkn je ado la..

Aku : Jwb, piker ikut lndsn alqurn &assunnh la.. ble timbul 1 p’soaln dlm kpala kte,gali ke2 sumber t’sbut.pegi b’tnye org y lbh arif dn diakui.jgn sskali kte wat ksimpuln sndri,.ilmu Allah tu luas..klu nk dbndgkn dgn 7 lautn pn xpdn..lbh luas lg.byk2 b’doa kpd Allah swt spy dkukuhkn aqidh kte.kne bringt y syaitn sntiasa cr jln nk mnyestkn kte.ckp kt dy sblm nk p’soalkn ape2 cr dlu ilmu psl tu,kaji btul2,tnye ust2.jgn kte wat ksimpuln sndri tkut2 kte mlmpaui bts dn goyah aqidh kte.

Junior aku : tak po ko gtu?

Aku : Spy biar dy rse p’kara y dy bngkitkn 2 bleh mnybbkn dy t’sasar jauh dr lndsn agma..ngucp nge pehe mknala..ble kte dh akui tiada Tuhan mlainkn Allah dn Muhammad psuruhNya,mka xde sbb kte xleh jdkn alqurn n assunnh sbg pnduan.

And then, bnyk lagila hok dyo tnye plek2. Antranye dy duk p’soalkn nuntut ilmu tak payoh, kne beribadat jah ko Allah. Pahtu gano kiro hadis nabi duk oyk bobe2 ‘kalu nak dunia dgn ilmu, nak akhirat pun dgn ilmu, nak duo2 dgn ilmu jgok’??? doh kalu sero nk beribadah jah, bkpo duk kolohnyo, siap nk amik spm lg? hu3..xpehe ambo…

Khamis, 22 Oktober 2009

Murtad ; Jalan Penyelesaiannya?


Dalam menghadapi kehidupan serba maju dan arus zaman teknologi yang serba canggih ini, kedudukan agama Islam sebagai anutan rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu khususnya semakin lama semakin tergugat dan semakin ramai umat Islam yang murtad. Tanpa kita sedari, sudah banyak ancaman dari luar bahkan semakin bercambah; yang mempengaruhi umat Islam supaya meninggalkan agama Islam. Pengaruh luar ini telah meresap ke dalam kehidupan remaja terutamanya dan menyebabkan mereka mempunyai jatidiri, cara hidup dan pemikiran yang sama sekali bertentangan dengan konsep aqidah dan islam itu sendiri. Lama-kelamaan, mereka akan semakin jauh dari Islam dan seterusnya murtad. Masalah murtad tidak hanya berlaku dalam kalangan dewasa malah lebih teruk lagi remaja yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun sudah pun terjebak ke kancah pencabulan aqidah ini. Bahkan sudah ramai menukar agama dengan alasan berbagai faktor. Antara faktor berlakunya gejala murtad ialah lemahnya pegangan agama, jahil tentang aqidah dan hukum-hakam Islam, terpengaruh dengan tawaran kebendaan dan faktor perkahwinan.

Murtad bermaksud meninggalkan atau "keluar" dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateis).Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam dianggap sebagai musyrik.

PENDEKATAN DAKWAH YANG STRATEGIK

Jalan penyelesaian yang dirasakan dapat membendung gejala murtad ini ialah penghayatan Islam harus diterapkan dengan segera dalam kehidupan generasi Muslim. Penerapan Islam ini harus diberi perhatian oleh pihak berwajib terutama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan penghayatan Islam dalam kalangan pelajar Islam di seluruh negara dengan seefektif yang mungkin. Ini kerana rata-rata remaja Muslim keluar daripada agama Islam bukan kerana mereka percayakan kebenaran agama-agama lain, tetapi hanyalah sekadar mereka tidak gemar untuk mengamalkan Islam dan merasakan Islam memberi kongkongan dalam kehidupan mereka. Jiwa-jiwa remaja kini haruslah dididik dengan keindahan Islam yang menganjurkan umatnya dengan kebaikan.

Di sinilah sebenarnya peranan golongan agama dalam menambat hati para remaja agar mereka terpikat dan terpaut serta ingin terus berada dalam kebahagiaan beragama Islam. Seorang agamawan seharusnya mencuba pelbagai cara memperkenalkan dan menerangkan keindahan dan kecantikan Islam yang menghadiahkan pelbagai rahmat dan kemudahan serta jaminan kehidupan dunia dan akhirat.

Jika melihat kepada pendekatan agama Kristian misalnya, mereka menarik anak-anak muda dengan menceritakan kebaikan beragama Kristian, mengutarakan betapa pemaafnya Jesus dalam mengampunkan dosa umatnya dengan adanya paderi dan lain-lain seruan dan slogan yang menarik serta menyejukkan hati remaja-remaja yang kosong hatinya dari kasih sayang dan pengisian hidup. Mereka berani mendekati para remaja yang dikatakan bermasalah ini dengan menawarkan pelbagai bentuk bantuan. Walhal kita sudah mengetahui kondisi Islam adalah satu-satunya agama yang diterima Allah s.w.t. Bukanlah mendengarkan kepada remaja dengan kata-kata yang boleh mengekang mereka dari menghayati Islam seperti ‘haram tu, berdosa nanti Allah laknat kamu’ dan pelbagai lagi perkataan yang boleh mematahkan motivasi mereka mencari pegangan hidup yang sebenar. Golongan pendakwah harus mengubah cara pendekatan bagi menggambarkan Islam yang cukup senang dan mudah serta menenangkan.

TUNTUT ILMU AQIDAH YANG BETUL

Tidak ketinggalan juga peranan kita sebagai muslim menuntut ilmu Islam dengan kaedah yang betul dan sahih kerana kejahilan dalam ilmu agama adalah satu punca besar dalam kes murtad ini. Namun, perlulah difahami di sini ilmu yang dituntut itu haruslah ditata dan dihayati agar pengamalan turut diiringi supaya tiada lagi kes seperti Aisyah Bukhari yang memang diakui penuntut ilmu agama namun murtad hanya kerana mencintai lelaki bukan beragama Islam. Kejahilan yang sebenarnya berlaku kepada umat Islam ialah kejahilan terhadap ajaran Islam yang sahih serta mereka dijahilkan daripada mengetahui cara pengamalan Islam yang sebenar sehingga tidak mengetahui keberkesanan agama Islam sebagai panduan hidup yang dapat membimbing manusia menuju kebahagiaan hidup. Walaupun sebenarnya mereka sudah mempunyai asas dan ilmu agama yang sebetulnya, tetapi disebabkan kurangnya penghayatan dan keyakinan terhadap Islam menyebabkan mudah terpesong dan seterusnya murtad.

Sudah menjadi lumrah manusia; bahawasanya iman itu akan bertambah dan akan berkurang iaitu ada naik turunnya. Maka hendaklah mendalami ilmu yang boleh meningkatkan iman seperti ilmu yang menceritakan kebesaran Allah dalam bidang sains misalnya ataupun kisah-kisah umat-umat terdahulu, golongan salafussoleh dsb yang boleh memberi kita pengetahuan dan pengajaran serta teladan. Begitu juga penerangan di dalam Al-Quran yang menceritakan proses pembentukan janin dalam rahim yang sudah diwahyukan 1400 tahun dahulu sebelum terbukti benar dengan kajian sains pada zaman ini dan sunnah Rasulullah seperti panduan baginda dalam perubatan dan nasihat-nasihat baginda berkenaan ilmu kesihatan. Nah, di sini sudah cukup membuktikan Islam adalah agama yang syumul dan harus dianuti! Tingkatkanlah iman dengan membentangkan pengetahuan yang terkandung di dalam kitab suci serta sunnah yang mulia sehingga manusia semuanya menjadi yakin dengan kebenaran Islam dan keaslian agama ini daripada Allah.

KEPENTINGAN PERUNDANGAN ISLAM

Sebelum kita terjun kepada isu hudud atau undang-undang Islam yang memberi hukuman bunuh bagi orang Islam yang murtad, seharusnya kita kaji semula kelemahan para daei dan golongan agama. Ya, pada zaman Rasulullah pun sudah dicatatkan bagaimana hukuman kepada seorang lelaki Yahudi yang memeluk Islam dan kemudian memeluk kembali agama asalnya. Kemudian diperintahkan Rasulullah supaya dibunuh lelaki itu. Tetapi adakah sama pendekatan yang dilakukan Rasulullah dalam menyeru manusia kepada kebenaran dengan penuh kelembutan, sabar dan ikhlas dengan cara para duat kini? Seharusnya Yahudi itu dibunuh selepas mengetahui kebenaran Islam namun masih menafikannya kerana hitamnya hati. Setelah ditutup segala peluang dan potensi yang boleh menyebabkan berlakunya murtad, barulah boleh disandarkan hudud sebagai ancaman terakhir. Perkara ini haruslah diselesaikan dengan pencegahan, bukan sudah terhantuk baru terngadah!

Tidak dapat dinafikan, pelaksanaan undang-undang harus dijalankan bagi membendung gejala murtad ini. Islam menetapkan bahawa negara perlu menghukum orang-orang murtad dengan hukuman bunuh sekiranya mereka enggan bertaubat. Murtad merupakan penghinaan kepada Allah dan Islam, maka selayaknya mereka dibunuh. Namun sebelum hukuman boleh dijalankan, harus ada usaha pencegahan. Dan ini hanya boleh dilakukan melalui sebuah negara Islam yang menerap, memelihara dan mengembang aqidah dan syariah Islam secara total.

Dalam perlembagaan misalnya, merujuk kepada akta 4 (1) FC , undang2 tertinggi (supreme law) di Malaysia ialah perlembagaan persekutuan (federal constitution) yang membawa makna Al-Quran dan Sunnah bukanlah undang-undang tertinggi di Malaysia, bahkan kuasa mahkamah syariah hanya terbatas kepada sifir 3/5/6 iaitu hukuman maksima yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah ialah imprisonment, 3 tahun dan denda sebanyak RM 5000 serta 6 sebatan. Sedangkan mengikut undang-undang Islam, hukuman bagi seseorang yang murtad (jika dia tidak mahu kembali kepada Islam) ialah bunuh! Persoalannya, bagaimana mahkamah syariah mahu menjatuhkan hukuman bunuh sedangkan untuk memenjarakan tertuduh lebih daripada 3 tahun pun tidak mampu?

Kesimpulannya, selagi Perlembagaan Persekutuan menjadi perlembagaan tertinggi di Malaysia iaitu bukan Al-Quran dan As-Sunnah dan selagi Mahkamah Persekutuan yang menjadi mahkamah tertinggi di Malaysia bukannya Mahkamah Syariah maka selagi itulah maruah Islam akan dipermainkan, orang Islam akan sesuka hati menukar agama, dan banyak lagi kes-kes seperti Hartina, Lina joy (Azlina Jailani) Zuraidah bt Hassan (Priyathaseny) akan timbul dan dibicarakan. Sementara itu maruah Islam akan terus dipersendakan dan diinjak oleh si kuffar.

Munajat Indah




Luluh jiwaku dalam cintaMu
Ronta rasaku pada doaku
Aminkan doa dalam sendu..
Hati menangis, mengerdip
Membongkar rasa malu berzaman
Tanpa sedar kesilapan lalu yang dilakukan
Sesak dada saat ia menujah
Menikam-nikam sukma, membuai air mata
Aduh…sakitnya penghinaan ini!
Penghinaan pada wajah yang duka
Sarat dengan debu dosa

Tuhan…
Arah manakah lagi mampu ku halakan
Jika tidak pada cahaya cintaMu
Yang nun jauh sayup di pandanganku
Izinkan aku berlari mencapainya…

Aspuri MMP, 6 Julai 2008

Sabtu, 17 Oktober 2009

Husnu Zhon..


Ukhuwah.. bila bercakap pasal ukhuwah, aku jadi rindu pada sahabat2 kat maahad dulu. Ya Allah, aku perindu kehangatan ukhuwah yang mendalam itu. Seperti berzikir lagaknya, menyebut nama2 sahabat yang ku rindui.. Entahlah, aku pun tak faham, adakah memang aku yang bersalah dalam hal ni atau dia yang bersalah atau mungkin juga tiada siapa yang bersalah. Mungkin sebab memang tak serasi, masing-masing salah faham. Aku tak faham dia dan dia juga tak faham aku ni macamana. Tapi kalau dikenang kembali kisah-kisah ukhuwah dulu, kisah-kisah ketidakserasian ni ; aku memang bermasalah dengan orang yang ego. Ego, selalu nak menang, tak mengaku salah, tak pernah minta maaf walaupun tahu salah, nak suruh ikut dia je. Hu3..kalau nak disenaraikan pun boleh. Aku sendiri pun tak faham. Aku takut jugak aku yang salah ke, yelah mana tahu. Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita sedang menyakiti hati dan perasaan orang. Dan aku pun merendahkan diri meminta maaf, tapi nampaknya macam tak diterima. Makin jauh dengan kita, malah membuatkan kita makin bersalah. Tapi sedarkah aku akan hati dan perasaan aku?? Apa perasaan aku? Uh, aku kalau boleh, dengan kawan-kawan ni tak naklah berkira sangat. Terasa pun buat derk je..tak nak ambil hati sangat. Aku husnu zhon jelah. Mungkin juga aku ni tak pandai berkawan, tak pandai jaga hati sahabat2, tak jaga komunikasi dengan baik. Mungkin itulah sebabnya, Allah nak suruh aku jaga hubungan aku dengan Dia, sebab bila kita bermasalah dengan manusia berkemungkinan kita juga bermasalah dengan Allah. Tapi tengok keadaan juga. Mungkin juga Allah nak balas, kita pernah buat orang lain sakit hati,terasa hati, mak kita sendiri ke, adik beradik ke. Jadi terimalah dengan hati yang redha. Redha dengan ketentuan ni, masalah ni, ujian ni, balasan ni. Ada hikmah di sebalik semua ni. Dekatkanlah diri Allah selalu. Jangan sesekali meninggalkan Allah kerana Allah tidak memerlukan kita bahkan kitalah yang memerlukan Allah. Barulah aku faham erti husnu zhon. Dengan adanya sangka baik, maka kuranglah ambil hati tu. Takdelah nak terase sangat. Pentingnya husnu zhon... baru faham nape takleh su’u zhon. Sebab su’u zhon adalah virus ukhuwah yang boleh merosakkan data-data ukhuwah.

Jadilah kamu seperti pohon kayu di tepi jalan, walau dilemparkan dengan batu, tapi tetap dibalas dengan buah. =)

Ahad, 4 Oktober 2009

Kacamata Dakwah & Kasih Sayang..


Seingat saya, 2,3 tahun dulu di sekolah saya pernah meluahkan perasaan tidak puas hati saya terhadap seseorang kepada senior saya. Saya menyatakan kejengkelan dan ketidakselesaan bila berhadapan dengannya. Lantas komen pertama yang keluar dari mulut senior saya ialah “Yang, pandangilah dia dengan kacamata dakwah dan kasih sayang.”
Saya tersentak seketika dan tersedar bahawa saya sudah melupakan prinsip saya sendiri apabila berhadapan dengan manusia – melihat seseorang dengan kacamata dakwah dan kasih sayang.

Setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia samada mereka itu adalah orang sekeliling kita atau rapat dengan kita. Mereka mungkin orang yang kita selalu jumpa dan menjadi teman diskusi, belajar dan berpersatuan. Namun, ada ketikanya Allah uji persahabatan itu dengan sedikit ketidakfahaman, ketidakpuashatian dsb. Seperti situasi saya di perenggan atas, saya bercakap tentang perasaan tidak puas hati itu seolah-olah kawan saya itu mempunyai kesalahan besar yang boleh menganggu gugat dunia. Sedangkan dia juga ada hak untuk ditunjuk ajar, diberi teguran berhikmah dan ikhlas, serta diberi kesejukan kasih sayang ukhuwah fillah.

Di sinilah sebenarnya peranan ukhuwah. Menjadi seorang sahabat bukanlah dengan membenarkan segala perkara perbuatan, tapi adalah menyampaikan kebenaran dan membetulkan kesilapan. Sebagaimana kita tidak mahu diri kita terjerumus ke dalam jurang dosa, seperti itulah kita melayani sahabat kita. Menyayangi mereka sepertimana kita sayang diri sendiri.

Memang, tidak semua orang faham apa yang kita faham. Kadang-kadang ada orang tak puas hati dengan kita, menyampah, tak suka, tak faham kita ni macamana, tapi itu semua adalah lumrah yang harus ditelan. Tak semua orang akan menyukai dan menghormati kita. Kita tak perlulah berjiwa kecil dengan menangisi lumrah itu seolah-olah sebiji batu besar telah menghempap kepala, menyebabkan terbeban teramat sangat sampai mengabai dan menghina diri sendiri. Islam tidak mengajar umatnya terlalu tunduk pada manusia. Rasulullah menganjurkan kita mencintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengutamakan orang lain. Namun, semua babak dalam kehidupan kita ini adalah ibrah yang amat berharga dari Allah S.W.T. Ada hikmahnya Allah meletakkan keadaan begitu dan begini.

Saya cukup termotivasi bila mengingatkan tentang prinsip sahabat saya ini. Dia merupakan sahabat pimpinan saya di maahad dulu, dan selalu mengetuai kami dalam banyak perkara. Dia amat bersederhana dalam banyak hal, tidak memayahkan satu-satu perkara. Penampilannya amat mudah dan simple. Baginya, asalkan sudah menutup aurat tak cantik pun takpe. Satu perkara yang paling dikagumi saya ialah, dia tidak pernah menghiraukan kata orang lain dalam melakukan satu-satu perkara. Selagi mana tindakannya itu adalah menepati Al-Quran dan As-Sunnah, tidak menyalahi mana-mana peraturan malah memberi faedah dan kemaslahatan kepada ummah, selagi itulah bagi dia kalau kata-kata yang dia dengar bukan dari mulut anak buahnya maka tak perlulah diambil kira sangat. Dia sangat tegas dengan keputusannya dan mengambil kira keadaan semua pihak.

Kadang-kadang kemurkaan manusia terletak pada keredhaan Allah swt. Jadi usahlah dihiraukan sangat kata-kata manusia yang entah mana hujung pangkal kebenarannya, asalkan apa yang kita lakukan itu diredhai Allah, tidak menyalahi syariat dan kita tahu itu adalah perkara yang mendatangkan kemaslahatan bukan kebobrokan. Pandangilah manusia yang tidak memahami itu sebagai mad’u yang harus kita belai dengan kasih sayang dan tidak melulu menyalahi kejahilan mereka. =)

Rabu, 16 September 2009

Peluang Kumpul Ramai2!




Mehla sahabat2ku sekalian..kita meriahkan jalinan ukhuwah bersama2 =)

Selasa, 8 September 2009

Nota Kecil Di Hujung Isya'

Kesunyian ini menyimpan rohku dalam
Madrasah tafakur; ku persembah padaMu
Kefakiran kudrat dan jiwa yang kotor

Adalah ruku’ ini kerendahanku
Sujud ini kehinaanku
Tasyahud ini pengabdianku
Munajat ini adalah ribu-ribu kasihku
Yang tumpah
Yang melimpah-limpah di sejadah
Lucutkan pakaian takabbur
Rabb, basuhkan malamku
Dengan lautan cintaMu yang mendingin; rindu
Yang harum keampunan yang damai mencantum
Tawadhu’

Aku menggigil di sini; lepaskan aku
Dalam kesejukan khusyuk yang menusuk

Fahd Razy, Dublin

Selasa, 1 September 2009

Free Thinker?


Golongan yang menolak kepercayaan kepada Tuhan ialah golongan yang secara tidak langsung tidak mempercayai kewujudan Tuhan, tidak mengakui bahawasanya alam ini ada penciptanya dan menolak kehidupan beragama. Golongan ini juga selalu disebut sebagai ateis iaitu tidak mempercayai Tuhan dan juga ‘free thinker’, yang bebas berfikir dan memberi pendapat tanpa batasan. Mereka mengatakan bahawa dunia ini terjadi dengan sendirinya iaitu semulajadi. Semestinya kehidupan mereka tidak berkait langsung dengan mana-mana agama mana sekalipun. Golongan seperti ini sentiasa wujud di mana sahaja, bahkan menjadi ancaman kepada mana-mana agama yang secara total mempercayai wujudnya Tuhan kerana fahaman mereka yang menyesatkan itu.

Golongan ini menolak habis-habisan kepercayaan kepada Tuhan. Sedangkan setiap manusia mempunyai naluri dan fitrah bertuhan di dalam diri mereka. Bukti bahawasanya Allah itu wujud ialah alam semesta ini sendiri. Mana mungkin alam yang serba indah dan luas ini tidak ada kuasa yang mengaturnya? Siapakah mengatur perjalanan planet-planet di alam semesta ini? Siapakah pula yang mengatur siang dan malam dengan tepat dan tidak terlewat? Siapakah yang menurunkan hujan dan menerbitkan matahari? Firman Allah S.W.T dalam ayat 13, Surah Fathir yang bermaksud :
“Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma. “

Adapun tanda wujudnya Allah Taala ialah dunia ini yang asalnya tidak ada tapi menjadi ada. Pada diri manusia sendiri terdapat banyak tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T.. Di dalam Al-Quran sendiri Allah sudah menceritakan tentang kejadian manusia sepertimana firmanNya yang berikut, ayat 12-14, Surah Al-Mukminun :
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.”

Golongan yang menolak kepercayaan kepada Allah S.W.T. ini sebenarnya berpegang kepada lojik akal semata-mata dalam banyak pertimbangan kehidupan mereka termasuklah konsep ketuhanan. Mereka percaya bahawa setiap yang wujud ini terjadi hasil fenomena alam dan sentiasa berubah sejak kecil hingga besar dan ini semua terjadi secara kebetulan. Teori inilah menjadikan ramai manusia kufur dengan Allah. Mereka inilah orang munafik, walaupun di depannya sudah tersedia bukti-bukti kewujudan Allah S.W.T., mereka tetap juga berpaling dari hidayah dan tidak mahu mengakui kewujudan Allah. Mereka inilah yang disebut Allah dalam firmanNya yang berbunyi : “Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.” Surah Al-Baqarah, ayat 17-19.

Mereka juga selalu menanyai kewujudan Allah S.W.T melalui zat Allah. Mereka menafikan kewujudan Allah kerana tidak dapat dilihat, disentuh dan dirasai. Sesungguhnya mereka lupa bahawa akal manusia tidak mampu untuk menanggapi hakikat semua perkara meskipun sudah mencapai tahap kecerdikan yang tinggi. Sehingga ke saat ini akal tidak mampu meraih hakikat sebenarnya kejadian alam ini sekalipun, jadi adakah akal mampu untuk mengetahui bagaimana rupa zat Allah S.W.T.?? Allah S.W.T. sudah menceritakan di dalam Al-Quran bagaimana keadaan Nabi Musa ketika baginda mahu melihat zat Allah S.W.T., firmanNya :
“Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (DzatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada ditempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu". Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajallaNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)".”

Kesimpulannya, dakyah-dakyah golongan ini haruslah dijauhi dari mempercayainya dan dipengaruhi tentangnya. Ilmu agama terutama yang berkaitan dengan aqidah Islamiah dan tauhid, konsep ketuhanan, perlulah dihadami agar kita tidak terjebak mudah dalam fahaman sesat ini yang menafikan kewujudan Allah.

Allah menerangkan (kepada sekalian maklukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ahad, 23 Ogos 2009

Aku Ingin


Aku ingin mengalirkan air mata,
Aku pasti
Buat membasuh dosa-dosa semalam

Dalam syahdu doa dan tulus zikir
Dalam semarakan hujan di malam Ramadhan mulia ini
Terasa hingar menanti di sana
Sahutan suara menggegar atma
‘Iqob buat orang melakukan keburukan yang dibenci Allah selamanya

Jiwa ini pasti menemui Rabbnya
Tulang-tulang ini akan hancur dimamah bumiNya
Dan roh ini bakal diazab sepertimana yang tercatit

Lain pula bagi yang sebaliknya
Taqwa yang menjadi pakaian dibawa bersama menyeberang
Hanya taman yang indah,
Yang di bawahnya ada sungai-sungai mengalir menanti
Pemuda Al-Quran dan tahajjud yang menemani
Menerangi kegelapan yang menggila…

Itulah cita-citaku, Ya Allah
Kamarku nanti bakal diterangi cahaya itu

Di malam Ramadhan yang diselangi kesejukan
Dari hujan yang membasahi
Aku mengalirkan air mata
Aku pasti buat membasuh dosa-dosa semalam…

Siti Yang Latifah
Kota Bharu, 7 September 2008 / 7 Ramadhan 1429

Ahad, 16 Ogos 2009

Coretan Basa-basi


Aku ingin hidup secerah mentari. Yang cahayanya lambat-lambat menerangi bumi. Perlahan-lahan menyusup ke segenap ruang, yang jauh terperosok, yang terlindung di mana sahaja. Cahaya mentari itu takkan luput mudah, walaupun senja kan datang dan malam jua turut sama berlabuh. Ia tetap menyebarkan panasnya dan panahannya tidak mengenal siapa.

Kehidupan harus diharungi, jangan putus asa!

Terasa rindu untuk meratah pengisian yang sebenarnya. Rindu untuk mendengar tazkirah yang menginsafkan, yang memuhasabah diri sehingga mengalirkan air mata kerana terasa kekerdilan diri di hadapan Sang Khaliq. Rindu untuk hadam sirah perjuangan Rasulullah dan sejarah hidup para sahabat dan salafussaleh; terutama sekali kisah kehidupan mata-mata rantai yang menyambung perjuangan Rasulullah. Tak kiralah kisah itu sangat terkenal di bibir kalangan kita, atau yang kisahnya tiada siapa tahu gambarannya melainkan yang bersamanya. Rindu sangat pada asam garam perjuangan yang pahitnya maungnya tidak dirasakan seorang diri! Ya Allah, rindu!

Sewaktu mendapat tahu yang saya bakal melanjutkan pelajaran seterusnya di UTM, pelbagai perkara bermain dalam fikiran saya. Pertama-tamanya ialah bagaimana keadaan biah dan waqi’ tarbiyah di sini? Bila sampai di sini, satu cabaran yang paling besar saya dapat rasakan ialah bagaimana nak hirasatuddin dalam setiap pekerjaan yang dilakukan? Iya, beginilah orang yang pertama kali keluar dari kepompong sekolah dan hidup dalam kalangan orang ‘baik-baik’ saja. Bila baru mengenal dunia luar, iya..beginilah keadaannya. Satu fakta menarik ialah kursus saya adalah satu-satunya kursus agama di sini! Tidak hairanlah kerana di sini bukanlah tempat yang tepat untuk menuntut ilmu agama setulennya. Mahu gomol ilmu agama betul? Pondok pun okey jugak! Di kampus kita bebas jadi apa yang kita mahu,.

Sebetulnya adik lelaki saya yang belajar di pondok itu amat risau pasal saya. Dia bimbang kalau-kalau saya jadi ‘orang lain’ dan …uh, nauzubillah! Selalu jugalah dia menelefon, menanyakan keadaan saya dan soalan yang pertama yang ditanyakannya ialah ; “Ada masalah agama tak?” . Saya tersenyum sendirian mengenangkan ‘take care’nya adik saya. Kalau dia begitu bimbang tentang diri saya, saya apatah lagi. Moga Allah jauhkan saya dari perkara-perkara yang tidak baik itu!

Masih basah lagi kata-kata sahabat seperjuangan bahawa setiap kata-kata itu bakalan diuji. Saya berdoa agar Allah menetapkan saya di jalanNya yang diredhai. Ya, cita-cita saya ialah ingin terus menjadi diri sendiri dan tidak terkesan dengan air masin di sekeliling ibarat ikan di laut. Isinya tetap tawar. Tetapi bila ikan tu dah mati dan dilumur garam dan dibuat ikan kering, pasti rasanya masin. Begitulah hati kalau sudah mati, jadi rapuh dan mudah dipengaruhi.

Ahad, 2 Ogos 2009

Jalan Penuh Liku


Jalan yang panjang ini penuh liku, Ya Allah.















Ada bencana dan bala yang menunggu di sisinya. Walau bukan fizikal yang disakiti tapi mental kian diasak tujahan godaan dan kejahatan. Kegelapan itu kembali menyelubungi. Pilu rasanya saat awan gelap hitam pekat itu berarak masuk ke kamar hati yang sedia tidak terkawal itu. Tiada penjaga iman yang segak berzikir dan pemerhati akal yang sempurna pengawasannya. Cahaya Al-Quran lama-kelamaan terhapus ditiup gelora taufan nafsu yang menggila. Tautan sunnah Rasulullah jua turut terlerai sehinggakan tertelanjang sebuah hakikat yang hipokrit dan dusta.

Saat itu juga, amal jauh dari ilmu. Pohon rendang kembali kering buahnya. Tiada lagi teduhan yang nyaman. Hati yang naïf itu kembali menangis seperti dulu, saat ia dijajahi syaitan. Mencurahkan air mata dari matanya yang sudah dibutai. Seluruh anggotanya lumpuh untuk mengerjakan gerak langkah membangun rohani.

Namun mendung itu tidak terlalu lama singgah, tatkala sang raja empunya diri tersedar dari lenanya yang diracuni. Penawar kembali ditemui. Hati diubati, dijagai dan disucikan kembali. Curahan hidayah dan rahmat tak jemu mendatangi.

Satu persatu cahaya-cahaya kembali menerangi.

Menghambat pergi segala yang bernama kegelapan, kejahatan, kehitaman.

Siti Yang Latifah
Machang, 8 April 2009
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...