Sabtu, 17 April 2010

Kemenangan Semanis Madu, Pengorbanan Sepahit Hempedu

Hidup ini adalah sebuah perjuangan. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Dua perkataan yang terlalu sinonim malah mesti wujud demi sebuah kejayaan dan kemenangan yang ingin dicapa . Bak kata hukama'

"Kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu."

Begitulah jua yang difirmankan oleh Allah S.W.T, maksudnya: "Berjuanglah kamu sama ada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan) bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti." Surah At Taubah:41.

Sejarah kemenangan dan kegemilangan Islam di sepanjang zaman turut diwarnakan oleh perjuangan dan pengorbanan yang cukup hebat dan terbilang, menyaksikan bagaimana harta, tenaga, darah dan nyawa menjadi yuran berkualiti tinggi yang dibayar oleh para pejuang.

Firman Allah S.W.T; "Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang benar-benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." Surah Al Ahzaab:23.

Mereka yang berjuang dan berkorban demi kerana Allah dan agamanya, pasti mereka mencapai kemenangan justeru inilah yang isytiharkan oleh Allah S.W.T; "(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang pada jalan Allah dengan mengrbankan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya (menang)." Surah At Taubah:20.

Muqaddimah ini melakarkan suatu yang jelas kepada kita bahawa kemenangan adalah suatu yang amat bernilai dan pastinya memerlukan kesungguhan dan pembiayaan yang mahal untuk mendapatkannya. Kesungguhan itu ialah PERJUANGAN dan pembiayaan itu ialah PENGORBANAN.

 


Kiriman: asbat79 pada Sabtu, 25 November, 2006

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...