Jumaat, 21 Mei 2010

Kerna Salahku..

Salahku.

Memang salahku.

Kerana meninggalkan Allah dalam kehidupanku. Kerana memandang rendah pada manusia lain. Kerana merasakan diri hebat berbanding manusia lain.

Bongkak.

Bongkak dengan Allah.

Itulah perkataan sesuai untuk manusia yang tak bersyukur. Bila ego menguasai diri, jalan keredhaan Tuhan lantas ditinggalkan. Bila jauh dari Allah, maka ditinggalkan pula jalan dakwah dan tarbiyah yang sekian lama ditempuh.

Bejana makin kotor.

Air yang ditadah pun makin keruh dek bejana yang tak dibersihkan.

Maksiat bersarang. Dosa menimbun. Azab menunggu.

Tapi, belas kasih Allah itu melangkaui kasih sayang seorang ibu. Lantas Allah melontar diriku ke dalam dewan ujian. Merasa pahit maung tanpa rasa kebersamaan Allah. Rasakan wahai diriku yang kotor! Rasakan inilah akibatnya meninggalkan Allah dalam hidupmu walau sesaat nafasmu!

Deraian air mata keinsafan meleleh di pipi. Menandakan masih ada lagi saki baki iman yang berada dalam hati.

Kerdilnya hambaMu ini, Ya Allah.

Agungnya kebesaranMu, Ya Allah.

Agung lagi cintaMu pada hamba yang lemah ini. Kerana kasihMu bukan dengan nikmat dunia yang indah, tapi sakitnya ujian yang dirasai hamba. Kerana cintaMu yang agung itulah kau memberi ujian kepada hamba untuk sentiasa mengingatiMu dan tidak sesekali mendurhakaiMu.

Ya Allah, nikmatnya ujian ini!

Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan diriku ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Aku takut dan aku hanya berharap kepadaMu
Suburkanlah cintaku kepadaMu
Akulah hamba yang mengharap belas dariMu…..

Kerana aku milikMu…
yangmilikNya…selalu

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...