Air mata apakah yang tumpah saat kau menangisi diriku?
terguris kerana aku melukaimu?
sedih kerana aku meninggalkan mu?
jauh hati kerana aku tidak mengambil berat tentang dirimu?
atau kerana rindu kenakalan dan senyum tawaku?
atau tersangat-sangat rindu akan kata-kata nasihatku yang pernah ku ungkapkan?
barangkali tersangat-sangat rindu hangatnya ukhuwah dan kasih sayang yang kita jalinkan di jalan juang...?
Andai air mata itu tumpah kerana merinduiku, ketahuilah aku jua rindu itu semua ke atas dirimu..
Andai titisan itu turun kerana diriku penyebab sebak di dadamu,.
maafkan diriku sahabat..
maafkan segala kesalahanku andai diri ini benar-benar mengguris hati mu...
Ku lafazkan kata-kata ini dengan sepenuh hati dan kuharapkan dirimu juga menghayati setiap bait ungkapan ini...
Aku gembira menyayangimu kerana Allah tukarkan kasih sayang tersebut dengan kelapangan hati,
keredhaan dalam menerima dirimu seadanya dan kemudahan dalam setiap urusan..
Walaupun tewas dengan kebencian iblis terhadap keutuhan persaudaraan, ku iringi kekesalan dengan kemaafan..
Takdir kadang-kadang mempertemukan sesuatu yang tak diundang,
menduga dalam bermacam ragam,
memberi apa yang tak dirancang,
membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan,
dan sesekali takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan,
namun takdir memberi kita erti perkenalan,
menyulam erti kasih sayang,
mengenali sebuah ketabahan dan memberi erti sebuah keakraban,
memberi peluang menilai siapa sahabat, kawan dan siapa sekadar kenalan dalam mengisi ruang dalam episod kehidupan...
Pesan untuk diriku jua dirimu sahabat,
Andai seorang teman melakukan kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah.,
Namun, seandainya seorang teman membuat kesalahan, tulislah di atas pasir agar ia mudah ditiup angin kemaafan.
Sedarlah teman,
Ukhuwah itu terbina atas ranting kejujuran, bertunjangkan mahabbah fillah lalu membuahkan kemanisan ikatan,
Jika terpesong maka patahlah ranting, reputlah akar lalu rosaklah buah,
Teman bukanlah semestinya sentiasa dekat jaraknya,
tetapi yang sentiasa di hati diingati dalam setiap bisikan doanya.
Seindah putaran cinta dunia,
yang sentiasa menjadi idaman manusia-manusia yang berjiwa kerdil,
terselit jiwa-jiwa yang butuhkan cinta yang agung,
terselit mereka-mereka yang rindu berukhuwah kerana Allah,
yang rindunya makin mendalam tetapi buntu kerana arah cinta Dia terlalu berliku.
Semoga jalan perjuangan ini menjanjikan kita seribu cinta Allah dan kejayaan ukhuwah liLLah yang luhur
Semoga Allah mempermudahkan jalan kita dalam perjuangan penuh dugaan dan terus istiqomah berdasarkan aqidah yang satu.
salam.. kak yang, sungguh setiap detik masa yang berlalu ana sangat2 rndukan keindahan ukhuwwah kita.. semoga ukhuwwah ini berkekalan hingga ke syurga..bersahabat hingga ke syurga..insyaAllah..sahabatku fillah, ketahuilah, doa rabitah yang selalu membasahkan rinduku padamu..doa yang mengikat kita berdua di atas jalan Nya..
BalasPadamsalam..
BalasPadamhuhuhu(nangis cam budak kecik)...
puisi yang menyentuh kalbu,
mebuatku tertunduk kaku..
mabruk ya k.yang!!
hem..cantik layout ni,
nampak sket tulisan..
ngEeee=]
oleh :
budakjurusbebena a.k.a amalia
salam...
BalasPadamamalia ; iye?..hu3, bru trgerak ati nk tukar layout...syukran. biasela,. adakala dlm kta b'shbt mgkin ade kekhilafan yg tdk disedari...
rijan ; really miss u,. masya Allah,.xleh nk gmbar..=0