Tiada yang lebih menggembirakan bagi penuntut kampus biasa seperti saya selain cuti semester. Hu3,.begitulah dari dulu lagi. Zaman sekolah pun macam tu juga. Suka sangat dengan hari cuti. Saya dan Aishah pulang menaiki keretapi di stesen Johor Bharu. Kami bertolak dari kolej menuju ke bandar jb pada pukul 6.30 petang! Sedangkan waktu sepatutnya tiba di sana pukul 7. Potensi tinggi untuk ditinggalkan keretapi! Sebabnya? Uh, tak mahu diulas di sini. Cukuplah saja lelah dan cemas pada hari itu.
Sampai saja di stesen keretapi Tanah Merah, adik lelaki saya sudah menunggu di tempat letak kereta. Teruja sebentar bila adik saya sendirian memandu kereta. Dah ada lesen, kereta beli yang second hand punya. Okeyla.. Uh, seronoknya dah ada di rumah! Rumah yang dibina oleh arwah abah sendiri... Terima kasih ya Allah atas nikmat ini..menjadikan rumahku sebagai syurgaku! Entahlah, sejak bermastautin di utm ni, penyakit homesick tu mudah sangat hinggap. Aim utama : balik kelate. Kalau berada di maahad dulu, nak balik sebulan sekali pun payah. Sampaikan ahli keluarga bertanya, 'bila nak balik machang?'.
Berita kepulangan saya dari kampus tidak terhenti di bibir sahabat-sahabat saja, yang mahu ketemu kerana sudah lama tidak bersua wajah malah adik-adik junior yang masih memerlukan bimbingan di sekolah. Antara aktiviti semasa cuti sem sebegini adalah melawat ke sekolah. Tolong adik-adik menjayakan program di maahad yang sentiasa berterusan. Adik-adik yang perlukan tarbiyah, bimbingan supaya mereka memahami kehidupan, tidak sekadar kemahiran menjalaninya malah mengetahui matlamat sebenar. Namun sebenarnya, ia lebih memberi kepentingan pada diri saya sendiri. 'Pulang' ke maahad lebih kepada mengecas 'bateri' diri yang kian kurang. Islah diri kembali dan mengingatkan diri akan tugas hamba dan daei yang dipikul, yang pasti akan disoal Allah suatu hari nanti.
Insya Allah, cuti takkan disiakan. Ingin diisi dengan banyak perkara berfaedah.
salam.
BalasPadamlama xberhubung kn?
enjoy ur oliday.. :)