“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah At-Taubah, ayat 40.
Ayat 40, Surah At-Taubah ini cukup bermakna kepada saya. Terutama di frasa "La tahzan, inna Allaha ma'ana". Cukup memberi kesan.
22 Januari 2005
Bersekolah di Maahad dan tinggal di asrama dan kemudian ditaklifkan menjadi ketua bilik yang dihuni oleh hampir 30 orang. Budak mentah tingkatan 3 bakal menghadapi pelbagai ragam pelajar asrama. Menjadi pengawas sekolah ditambah pula dengan jawatan ketua bilik di asrama menyebabkan segolongan pelajar yang dikatakan bermasalah jengkel terhadap saya. Sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya kadang lebih junior dari mereka.
Tanpa saya sedari, banyak tekanan tertimpa kepada saya. Aktiviti persatuan, belajar, menghadapi kerenah-kerenah rakan-rakan sebaya menyebabkan waktu remaja menjadi adalah waktu murung dan emosional.
30 April 2006
Hari ini jumpa dengan Hajar dan kemudian langsung meminta nasihat dan tazkirah darinya. Dia kata, Allah sentiasa mendengar dan memerhatikan hambaNya. Dia suruh saya buka mana-mana muka surat Al Quran selepas solat secara rambang.
Dia kata lagi, “Nantikan bicara Allah denganMu.”
Saya tersenyum dan mengangguk setuju akan melakukan hal itu.
10 Mei 2007
Selepas hari yang memenatkan, sengaja tidur lewat malam ini. Sengaja mencari waktu orang lain dibuai mimpi. Jam sudah menunjukkan 1 pagi, namun mata masih tidak mahu lelap. Saya mencapai Al Quran tafsir usai solat sunat hajat. Sebelum saya membuka mushaf, terdetik di hati saya, “Ya Allah, kau Maha Mengetahui apa yang ku alami. Berilah kata-kata semangat kepadaku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.”
Selepas itu, Al Quran dibuka di muka surat tengah. Serta merta mata saya terpacak kepada bilahan ayat bahasa syurga itu pada bahagian, “La tahzan innaAllaha ma’ana.” Allahuakbar! Air mata terus melaju turun lebat di pipi. Saya menangis teresak-esak. Menekup mulut, bimbang esakan saya didengari rakan-rakan hostel yang lain yang sedang tidur.
Tidak pernah saya berasa begitu dihargai melainkan ketika terasa belaian Allah melalui ayat itu! Dalam esakan yang perih, segala pengharapan dan meluahkan segala yang terpendam dan terbuku di hati dinyatakan. Saya nyatakan segala kebimbangan dan kebungkaman. Saya pinta segala pintu ketenangan di depan mata. Merasakan betapa indahnya cinta Allah kepada hambaNya. Terbukti, apa yang saya dengari selama ini bahawa cinta yang paling agung di dunia ini ialah cinta Allah kepada makhlukNya.
Rasa gembira. Terasa tidak keseorangan. Terasa gagah. Terasa kuat. Menyerap kekuatan dengan kembali kepada Allah. Kalau manusia mengatakan cinta sesama mereka adalah teragung, cinta Allah kepada makhlukNya adalah segala keagungan yang dipuja di dunia ini!
21 Julai 2011
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hambaMu ini...
jzkk, sis
BalasPadam:(
Assalamualaikum ukhti Latifah..subhanallah..teruskan perjuangan membawa kebenaran. Rasa trsentuh hati ni..
BalasPadamakak masih ingat yang pernah kongsikan ini ketikan tamrin kat maahad dulu..masa tu akak duk berdiri kat blakang skali..n pastu akak slalu amalkan monolog yang lebih kurang begitu (spt yang diceritakan) dan hingga satu hari..dan banyak kali juga perkara yang sama berlaku...sungguh Allah Maha Mendengar...syukran katir...
BalasPadam