Warna-warni
kehidupan yang dilalui sepanjang itu cukup banyak. Mungkin lelah juga kalau nak
disenaraikan satu-satu tapi cukuplah diberitahu bahawa; tidak sekadar belajar
nak dapat ijazah tapi belajar macamana nak hidup, survive dengan dunia kini
yang sangat banyak cabaran.
Dalam
banyak-banyak hal berlaku dalam kehidupan, ada yang betul-betul bagi pengajaran
pada diri. Terutama cara pergaulan, cara berinteraksi dengan manusia.
Zaman
sekolah dulu, masalah interaksi kurang. Mungkin sebab, suasana dan biah di
Maahad yang cukup tenang, aura tarbiyyah cukup kuat di situ. Aura tersebut menerobos tidak kira pada
guru, pelajar hatta pak cik tukang kebun sekalipun. Bila dah habis belajar di
situ dan ‘berpindah’ ke tempat lain, suasana baru dihadapi, orang baru, budaya
dan pemikiran yang baru.
Di sinilah
‘masalah’ bermula. Kalau belajar subjek psikologi sosial, ada 1 topik bincang
pasal loneliness. Punca utama loneliness ni berpunca dari kurangnya social
skills seseorang individu. Dan banyak lagi punca lain yang mungkin dari sudut
Islam, tak berapa nak betul sangat pun. Aku menyedari ‘kelemahan’ tersebut dan cuba
menjadikan ‘loneliness’ tersebut sebagai satu nikmat. Hakikatnya, hidup kita
tidak pernah keseorangan. Kita ada Allah, selagi mana tindakan kita selaras
dengan kehendak Allah. Kalau keseorangan kita disebabkan hubungan dengan
manusia bermasalah, yang paling utama untuk diperiksa adalah hubungan dengan
Allah.
Satu
perkara yang aku belajar, kita tak boleh paksa orang lain berfikir macam cara
kita berfikir. Latar belakang, perkara yang dilalui dalam kehidupan, ilmu dan
pengalaman yang ditimba adalah aspek-aspek yang mungkin membezakan kita dengan
orang lain. Item-item tersebutlah yang membentuk cara manusia berfikir. So,
expect orang untuk berfikir sepertimana cara kita berfikir walaupun kita rasa
cara kita berfikir diiktiraf sarjana dunia dan paling ideal dalam sejarah
peradaban manusia sekalipun adalah sia-sia.
Lahir dari
budaya pemikiran yang ‘pekat’ dan kental menyebabkan lahirnya satu kekurangan yang
menjadi kesalahan besar dalam berhubungan dengan manusia ialah ‘aku je yang
betul, kau salah’. Menyalahkan, melabel, menghakimi adalah titik tolak
menjadikan orang di sekeliling tak pernah berasa selesa. Aku tidak menjadi
rahmat pada orang di sekeliling.
Padahal
Islam dah ajar, cara yang paling ideal untuk bergaul dengan manusia yang
mungkin menyebabkan akulah manusia yang paling bodoh sebab ‘terlepas pandang’.
Dan sehingga kini, aku cuba supaya tidak pernah berhenti belajar cara beramal
sosial seperti yang Rasulullah ajarkan. Menerima dan kurang menghakimi,
mengajar dan kurang menunjuk kesalahan, memahami dan tidak skeptikal. Agar
sekurang-kurangnya keberadaan aku dengan manusia lain tidak menjadi ‘azab’.
Kadang-kadang,
aku mengimpikan dunia Melayu-Islam di Malaysia yang lebih aman. Dalam aspek
pendidikan misalnya, alangkah bestnya kalau kita boleh bawa balik cara orang
Barat, Jepun bahkan Korea yang dipalit K-pop semata, cara mereka meladeni
kemanusiaan. Ya, mungkin tidak semua namun ada beberapa sudut yang kita banyak
ketinggalan. Yang paling signifikan, apa yang mereka amalkan adalah sangat
sejajar dengan ajaran Islam. Cara mereka menyusun sistem pendidikan,
berinteraksi dengan manusia, cara mereka address sesama mereka dalam hirearki
masyarakat, bagi aku agak mengagumkan. Walaupun pada syariatnya, mereka mungkin
dilihat ‘ketinggalan’ jauh namun apa yang beza sangat dengan kita kalau Islam
kita mungkin hanya pada kad pengenalan, tudung, jubah dan kopiah tapi cara
kehidupan kita kosong dari sunnatullah.
sekadar gambar hiasan yang banyak maknanya |
Nabi tak pernah kata pada siapa-siapa pun, ‘kau salah yang ini, kau tak patut macam ni, kau ni bodoh!’ tapi nabi tunjuk cara yang betul. Nabi demo depan-depan orang yang buat salah tu. Kata-kata nabi tak pernah mencederakan perasaan orang yang di sekelilingnya. Rasulullah tegas dengan caranya yang tersendiri, yang tak pernah sekali-kali orang di sekelilingnya berasa direndah-rendahkan, dipijak atau dihina. Memang sah baginda adalah rahmat untuk sekalian alam! Bahkan cara nabi bersiasah dan berhadapan musuh pun menjadi art of war yang paling ideal dalam sejarah.
Benda-benda
ni lah yang aku rasa banyak lagi yang aku kena belajar. Pembudayaan pemikiran
dan pengamalan sosial yang baik boleh melahirkan masyarakat yang lebih aman.
Benda-benda ni jugak takkan terjadi kalau cara pendidikan kita tidak dibaiki
selari dengan apa yang Islam nak.
Kita tidak mahu terpalit dengan isu payah menyelami hati mad'u semata. Mungkin ada sesuatu yang kita tinggalkan, yang perlu kita kutip kembali. Sunnah beramal sosial seperti ini;