Memaparkan catatan dengan label utm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label utm. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2011

Buah Tangan Mukhayyam Tarbawi Asatizah (MUMTAZ '11)

Program Mukhayyam Tarbawi Asatizah (MUMTAZ’11) ini telah diadakan pada 18, 19 dan 20 Mac 2011 yang lalu di Taman Negeri Endau-Rompin, Pahang. Kem ini berjaya mengumpulkan seramai 100 orang mahasiswa Tahun 2, 3 dan 4 SPI yang telah dianjurkan oleh Fakulti Tamadun Islam dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI). Program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar di bawah bimbingan pensyarah dan juga Pok Nik, pengarah eksekutif Rebutia D’Perkasa bersama pasukan fasilitatornya.

Persepsi awal saya tentang program ini ialah sama dengan program KAMI’10 tahun lalu yang hanya untuk mahasiswi sahaja. Saya membayangkan program yang bakal dilalui adalah lasak dan mencabar. Saya teruja untuk mengikutinya kerana pada tahun lepas tidak berkesempatan pun untuk mengikuti program KAMI’11. Saya menanti-nantikan pengisian dan aktiviti yang bakal dilaksanakan kerana kem KAMI tahun lepas sangat menarik. Jadi persepsi awal saya positif.

Namun, barang yang ‘mahal’ ada harga yang perlu dibayar. Untuk menjayakan program MUMTAZ ini, saya dan sahabat-sahabat lain bertungkus-lumus mencari dana bagi menampung perbelanjaan program. Dana bagi program ini berjumlah lebih RM 18 000. Sumbangan dari pihak Fakulti Pendidikan hanya sebanyak RM 300. Tidak dapat tidak, pengumpulan dana ini harus dijalankan bagi menampung perbelanjaan program. Pelbagai cadangan dan lontaran idea yang timbul bagi mencari dana tersebut.

Pelbagai halangan dan kekangan yang dihadapi sepanjang pengumpulan dana program ini. Bermula dari ketidaksefahaman dalam membuat keputusan menentukan jenis apakah sumbangan bentuk pencarian dana hinggalah kepada pembahagian tugas. Akhirnya, selepas dibincang dan mengambil kira keadaan, beberapa keputusan diambil. Pelajar Tahun 2 ditugaskan menjual kupon nasi beriani. Ada juga dalam kalangan pelajar sendiri yang tidak mahu menyertai program ini disebabkan kekangan kerja sebagai mahasiswa tahun akhir. Namun, selepas bertungkus-lumus mencari dana, akhirnya dana program dapat dikumpul.

Pada pagi hari bertolak, saya sudah pun bersedia dengan barang untuk ke FTI. Saya menunggu kedatangan Nadzirah mengambil saya di blok untuk ke FTI dengan keretanya. Pada pukul 7,30 pagi, kelibat Nadzirah masih belum kunjung tiba. Saya menelefonnya dan dia mengatakan dia ambil dan hantar senior-senior lain terlebih dahulu sebelum mengambil saya. Saya menunggu sehingga pukul 8 pagi dan Nadzirah belum datang lagi. Saya fikir mungkin sedang memandu ke sini. Kemudian, Kak Sarah pula menelefon saya dan bertubi-tubi bertanya di mana saya berada. Bas sudah hampir bertolak! Saya terkejut dan kemudian terus menelefon Nadzirah, dia terus menjerit kerana terlupa mengambil saya! Tanpa berlengah, Nadzirah memecut ke kolej mengambil saya dengan motorsikal kepunyaan senior. Paling mengkagetkan ketika perjalanan ke FTI, seorang polis trafik cuba menahan kami kerana kedua-duanya tidak memakai topi keledar! Kami tidak menghiraukan arahan polis tersebut malah terus memecut dengan lebih laju. Kedengaran suara kuat polis trafik itu bertempik dari belakang, “Topi keledar!” :D

Sampai saja di sana, kami terus bergegas menaiki bas. Keadaan hiruk-pikuk seketika ketika kedatangan saya. Senior-senior menyangkakan saya terbangun lambat dan hampir terlepas untuk ke program. Terasa sangat lawak dan hampir-hampir memecahkan perut saya, Hampir-hampir tidak menyertai program. Hampir-hampir, sebab bas memang betul-betul sudah mahu bertolak.

Kami sampai di Taman Negeri Endau-Rompin waktu tengahari. Turun saja dari bas, berjalan pula sambil membimbit barang masing-masing sejauh 2 kilometer. Selepas berjalan, barulah sampai ke tempat perkhemahan dan terus ke dewan untuk memulakan program. Di dewan, program bermula dengan taklimat daripada Pok Nik.

Semasa program berlangsung, Pok Nik dari Rebutia D’Perkasa yang memandu sepenuhnya program kami. Pelbagai aktiviti yang sebelum ini saya rasa tidak berkesempatan dan berpeluang merasainya akhirnya dapat dirasai di Taman Negeri Endau-Rompin ini.

Ketika hari pertama sampai di sana, kami sudah pun ditugaskan dengan tugasan memasak dalam tanah, menggunakan kayu api dan sebagainya. Pelbagai teknik yang keluar semata-mata nak menghidupkan api dan pada masa yang sama pelbagai gelagat yang dapat dilihat demi menyiapkan makan malam pada petang tersebut.

Semua aktiviti menyeronokkan. Dari hari pertama sehinggalah hari terakhir program. Banyak pengalaman baru dapat ditimba malah dapat mengeratkan lagi ukhuwah di antara kami dengan senior-senior yang sebelum ini tak pernah bersua wajah pun. Kami dibahagikan kepada kumpulan dan setiap ahli kumpulan terdiri daripada berlainan tahun. Semangat kerjasama yang diterapkan menjadi sangat signifikan.

Satu lagi perkara menarik yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjalani program ini ialah penerapan konsep syura dari awal program lagi oleh Pok Nik. Sistem syura yang cuba dijalankan ini mendidik dan memberi pengalaman serta sedikit sebanyak memberi gambaran tentang bagaimana rupa syura itu. Semua keputusan yang diambil samada pemilihan komiti yang akan menggerakkan peserta dan aktiviti serta tentatif selain aktiviti yang disediakan dibincangkan secara syura. Walaupun masih di tahap merangkak-rangkak, namun usaha dan komitmen semua peserta wajar dipuji.

Selain daripada konsep syura tersebut, kem ini juga sebenarnya lebih bertujuan membina jati diri kami sendiri sebagai bakal-bakal ustaz dan ustazah yang akan mengajar pelajar di sekolah. Ada satu slot yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah sendiri iaitu sesi tazkirah yang disampaikan dalam kalangan kami sendiri. Mana-mana di antara kami akan dipilih untuk menyampaikan tazkirah di hadapan mengikut keadaan dan gambaran situasi yang diberikan oleh ustaz dan ustazah. Tanpa disangka, sebenarnya masing-masing mempunyai bakat terpendam. Pelbagai teknik dan gaya yang digunakan bagi menarik perhatian audiens. Terbukti, pelajar SPI mampu dalam hal public speaking ini.

Pada malam pertama berada di tempat program, kami berjalan dalam hutan dipimpin oleh renjer di sana. Menikmati keindahan alam pada waktu malam ternyata lebih menyeronokkan. Unggas dan tumbuhan hutan nampak lebih terang bila disinari cahaya bulan. Sepanjang jungle night itu, kami berjalan sambil berbaris panjang dan saling bantu membantu di perjalanan. Beberapa orang dalam kalangan kami terjatuh dan juga pengsan sebab kekurangan tenaga. Walaupun tidak sampai sehari berada di Taman Negeri Endau-Rompin ini, tenaga memang dicatu. Tidak hairanlah kalau ada yang awal-awal sudah ‘collapse’.

Sebelum jungle treking hari kedua

Keesokkan harinya, kami jungle treking pula. Jungle treking ini mengambil masa 6 jam. Sampai di tengah-tengah perjalanan, kami berhenti untuk memasak dan makan tengahari. Cabaran pada kali ini adalah hujan yang turun dengan lebat ketika kami memasak. Pertama kali rasanya memasak nasi dan maggi dalam buluh. Kemudian dibakar seperti membakar lemang. Sejuk, lapar dan apalagi. Walaupun masakan tidaklah sesedap mana, tapi kerana perut sudah lapar, makanan tetap dihabiskan.

Usai memasak dan mengemas barang, kami meneruskan lagi perjalanan jungle treking. Perjalanan kali ini terasa lebih jauh dan meletihkan. Halangannya makin banyak, becak, lumpur, kayu dan pokok tumbang melintang diharungi bagi mencapai destinasi. Pelbagai kenangan melucukan, gaya jatuh dan sebagainya antara kami. Tersenyum kembali bila diingat-ingat. Setelah mengharungi perjalanan hampir 2 jam yang meletihkan itu, akhirnya kami sampai di sebuah air terjun yang sangat mengujakan! Tanpa disedari segala keletihan dan penat dirasai tadi hilang begitu sahaja. Seolah-olah seperti itulah perjalanan hidup kita.

Air terjun yang cantik. :)

Solo night pada malam kedua, kami ditempatkan secara individu di dalam hutan. Jarak antara kami jauh dan hanya diterangi cahaya bulan yang sedang mengambang. Tujuan utama aktiviti ini adalah mengambil masa memuhasabah diri. Namun, dek kerana keletihan, saya hanya mampu bertahan selama 30 minit sahaja dan kemudian terlelap sendiri.

Aktiviti air yang menyeronokkan

Aktiviti keesokkan paginya lebih menyeronokkan. Bermain air di sungai yang berdekatan dengan tapak perkhemahan kami. Sebelum memulakan aktiviti, kami diberi taklimat terlebih dahulu tentang keselamatan dan sebagainya. Aktiviti yang dijalankan ialah menaiki rakit, river-crossing, berkayak dan sebagainya. Saya pula berpeluang berkayak. Apa bagusnya aktiviti ini? Sungguh, ia membantu meningkatkan tingkat keyakinan diri. Kita akan rasa lebih yakin selepas menjalankan aktiviti sebegini.

Bergambar selepas mengemas untuk pulang

Selepas majlis penutup pada hari terakhir, kami berkemas menyimpan barang masing-masing dan juga barang-barang program. Walaupun terasa sangat keletihannya, kerja-kerja terakhir sebelum meninggalkan Taman Negeri Endau-Rompin harus dilaksanakan.

Harapan saya untuk program akan datang ialah mungkin pihak FTI boleh anjurkan lagi program sebegini dan dilaksanakan di tempat yang lebih mencabar lagi. Banyak manfaatnya kepada pelajar sekiranya dilaksanakan lagi. Ia mengajar nilai kerjasama yang tinggi, persaudaraan dan komitmen.

Komen saya tentang pengiring, cukuplah segunung terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga. Terasa hangatnya ukhuwah yang dijalinkan antara pensyarah, terutamanya Dr. Arief Salleh dan Dr. Farahwahida. Kerendahan hati dan semangat murabbi ustaz dan ustazah dapat dirasai oleh kami. Pengiring-pengiring sentiasa bersama kami dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Isnin, 23 Ogos 2010

.:Menjadi Diriku:.

Kem Jatidiri Siswi (KEJASIS '10) pada 13, 14 dan 15 Ogos lalu begitu menyedarkan saya menjadi diri sendiri. Sangat indah pantai Teluk Ramunia. Tidak kejap mata memandang. Begitu menambat hati warna biru langitnya dan tidak ketinggalan biru hijau lautnya serta buih pantainya yang menghempas bersama ombak. Seolah-olah alunan alam itu begitu mengembalikan saya akan kenangan-kenangan di pantai sewaktu ketika dahulu. Terutama sekali suasana matahari terbit yang memancar cahaya jingganya, tulus membolosi awan dan kabus yang berarak malu. Seingat saya, seperti di Pantai Irama Bachok, berprogram sewaktu di maahad dalam program UBKK. Membaca doa mathurat sambil menghadap laut. Sangat cantik aturannya. Begitu mengujakan.

Alam sememangnya tidak 'lepas tangan' dalam memuji penciptanya, berzikir dengan sedayanya. Membuatkan hati-hati yang hidup merasa tenang kerana dengan berada bersama alam ciptaan Allah, fitrah bertuhan kembali menyapa. Tiba-tiba saya teringatkan kisah 3 orang yang berlainan muzik kegemaran mereka. Salah seorang dari mereka meminati muzik rock yang bingit, yang seorang lagi gemarkan dangdut dan seorang ini menyukai nasyid. Namun, tatkala mereka dibawa ke dalam hutan untuk menikmati keindahan alam, fasilitator program kembara mereka menyuruh menutup mata dan dengarkan muzik alam yang asli itu. Lalu mereka mengikuti arahan dan mendengarkan geseran daun-daun yang berguguran, bunyian unggas yang berkeliaran, aliran sungai yang menimpa batu dan mengalir deras, serta embun yang menitis di dedaunan. Mereka merasakan kesejukan cinta Tuhan, hawa ketenangan yang tidak mereka dapati di dalam muzik rock, dangdut malah nasyid sekalipun.


Mengapa alunan alam begitu menenangkan? Kerana seluruh ciptaan Allah ini tanpa lelah dan lupa berzikir kepada Allah. Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang? Tak keterlaluan jika saya katakan, tanpa sedar kita akan kembali kepada fitrah asal sebenar tujuan kita diciptakan bila bersama dan dekat dengan ciptaan Tuhan yang lain seperti laut, pantai, rimbun daunan, tumbuhan hijau hatta titisan embun sekalipun. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar peraturan dan penyusunan, tak lain tak bukan ialah ALLAH, rabb saya, awak dan kita semua di alam ini yang mengatur dan mentadbir.

Aktiviti yang kami lakukan di sini tidaklah selasak mana. Mungkin kerana sudah berada di bulan Ramadhan, maka aktiviti lebih tertumpu menambahkan amal ibadat di samping slot-slot yang membina jatidiri. Dalam banyak-banyak aktiviti dan slot, ada satu slot yang sememangnya tidak boleh dilupakan. Berada di pantai pada pukul 3 pagi. Melihat langit malam yang sangat cemerlang dan luasnya lautan. Sungguh, indahnya ciptaan Allah s.w.t.!! Pertama kali merasa masinnya air laut (selepas diarah mengambil wudhuk ketika itu). Slot muhasabah menjadi lebih terharu dengan sentuhan kata-kata dari senior. Sejauh mana kita mengira kebaikan dan kejahatan kita. Semakin banyak kelakuan tidak soleh yang dilakukan, bakal membawa pelakunya terjerumus ke dalam pasir, lemas dalam lautan masin barangkali. Begitulah ibaratnya.


 Sewaktu menanggapi semula apakah sebenarnya makna jatidiri bagi saya, saya langsung teringatkan lirik lagu Menjadi Diriku oleh EdCoustic. Walaupun maksudnya tidaklah menukilkan isi-isi tersirat mengenai makna jati diri, namun saya merasakan rangkap ini menasihati saya ;

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku

Menjadi diri kita sendiri dengan segala kekurangan dan kelebihan yang dikurniakan. Namun, kekurangan bukan bermakna menyekat potensi kita maju ke hadapan. Siapa kata kekurangan itu kekangan? Kekangan sebenar adalah pemikiran kita, paradigma sempit kita, su'u zhon kita yang berlebih-lebihan yang kadang menghambar hamasah perjuangan kita.

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna


Wahai insan yang bernama sahabat! Anda adalah sebahagian dari hidup saya, maka terimalah diri saya seadanya. Jangan berkawan dengan saya kerana ilmu dan kelebihan saya, sehingga anda tidak mampu menegur kesalahan saya. Jangan berteman dengan saya kerana saya menghiburkan sehingga anda jengkel menemani saya saat saya kurang ceria. Jangan bersahabat dengan saya kerana saya boleh dimanfaatkan sehingga anda akan merasa saya menyusahkan jika saya memohon pertolongan anda. Bercintalah dengan saya kerana Allah, kerana jalan perjuangan ini membutuhkan itu.

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Anugerah kehidupan yang dimiliki kini adalah kebangaan kita atas apa yang dikurniakan Allah kepada kita. Berbanggalah menjadi seorang Islam, rasakan izzah tanpa mengabaikan intipati izzah itu sendiri. Bentuklah jatidiri kita menjadi diri kita yang unik, lain dari yang lain ; yang akhirnya mencambah keunggulan Islam dengan pelbagainya kekuatan dan kelebihan muslim.

Jadilah diriku ibarat ikan hidup di lautan masin.

Selasa, 6 April 2010

Exam is around da corner!

Final exam menjengah tak lama lagi.... doakan ana ye sahabat2 sekalian,. doakan ana tidak berputus asa dari rahmat Allah s.w.t.

Rabu, 7 April - English for Academic Communication
Jumaat, 9 April - Hubungan Etnik
Sabtu, 10 April - Fiqh Islam 1
Ahad, 11 April - Telekomunikasi & Rangkaian
Isnin, 12 April - Rekabentuk Perisian Multimedia
Rabu, 14 April - Dirasah Nusus Fiqhiyyah
Ahad, 18 April - Education Psychology
Khamis, 22 April - Al Qiraah wal Maqal


ana letak target di sini bukanlah niat nak menunjuk2 tapi sebagai perangsang semangat... kata seorang senior, takpe kalau kte letak target n org tahu,.. kalau org yg baik, dia akan doakan utk kte...heheh., kalau org dengki, hu3..tak jadi masalah kat kte pon ... ana ni mudah jugak hilang semangat,. so bila ingat letak target, kurang2 ana akan terus berusaha tanpa putus asa. berjaya atau tak, itu urusan Allah s.w.t. Selagi kita menyakini Allah akan memberikan yg TERBAIK buat hambaNya...setimpal dgn apa yg diusahakan. hu3.., target tinggi., tapi insya Allah, kalau ada rezeki Allah beri...ameen!


lastly, ana doakan kejayaan utk sume sahabat kat utm yg berperang utk final ni... moga kejayaan kita memberi sumbangan besar utk Islam...Selamat Menghadapi Final! ana sayang sume krn Allah! doakan kejayaan ana juga,,.hu3

Khamis, 11 Mac 2010

TM Hewi 3


tm hewi pmi yang ke3 akan diadakan Jumaat ini, 12 Mac 2010. sume siswi dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis pengisian kali ini di dewan al-ghazali, msi.

Sabtu, 30 Januari 2010

That's Abdah!

Kelas English for Academic Communication semalam digegarkan dengan sesuatu. Saya teruja walaupun masih lagi dalam 'kepeningan' memilih topik yang sesuai untuk pembentangan informative speech. Tapi saya percaya sahabat fillah saya, ada topik sesuai untuk speech kali ini. Minggu ini giliran Abdah menyampaikan speech.


Sebelum ini, sudah ramai yang sudah lepas. Masing-masing dengan subjek yang tersendiri, pelbagai perkara yang dibincangkan. Ada speech tentang subjek pelajaran masing-masing, pasal makanan, kawan, tempat-tempat menarik dan tak kurang juga bercerita tentang common issue such as pollution, mother nature dan beberapa topik lagi. Kelas kami terdiri dari beberapa course yang lain, maknanya berlainan latar belakang. 

Namun, lain sekali dengan topik abdah. Ketika dia mula membentangkan tajuknya, beberapa rakan sekelas sudah mula mengerutkan dahi. Abdah membuka prsntation pwr point.. Tahu apa perkara yang dibentangkan? hu3.. Why you worship Allah? ah sudah, preaching...kedengaran dari belakang.

Dengan lantangnya Abdah menyatakan soalan bertalu-talu kepada kami. Why you worship Allah, do you know what is Iman & Taqwa, what is our responsibility.. Kelas senyap sunyi. Betul! Agaknya kalau jatuh jarum pun tak bunyi! Semuanya membatukan diri tanpa sebarang huha sepertimana ketika orang lain yang bagi speech. Soalan-soalan itu dijawab oleh Abdah sendiri.

Why we worship Allah? cause we are His slave, we seek for His bless.

What is our responsibility?
1. as a slave of Allah
2. as a khalifah
3. as a Daei (amr maaruf nahi munkar)

Abdah menyertakan dengan dalil sekali dengan lancar tanpa gugup. Ayat al-Quran dialunkan dengan harmoni sekali. Terangguk-angguk semuanya. Saya yang berada barisan di depan sibuk merakam speech Abdah sambil berkata dalam hati 'mantap sih Abdah.,kagum nye ambo..hu3'. Serta merta kenangan tarbiyah ketika berada di bumi Maahad menerjah di ruang fikiran. Macam dalam sesi recall tamrin di sekolah dulu-dulu!

Video lantai tingkat 1 sebuah pusat hiburan yang runtuh dijadikan sebagai visual aid. Memang semuanya terkejut. Are we want to be like this? Soal Abdah.

Akhir sekali, Abdah menyatakan...
We just have two choice, whether JANNAH or HELLFIRE.

Dan di slide terakhir, tertulis Truly my worship, my life and my death is only for ALLAH..
Ending yang cukup menarik!

Tepukan gemuruh berkumandang. Masing-masing memuji keberanian Abdah membawa isu yang agak 'berat' lah jugak berbanding dengan tajuk speech yang lain. Lecturer kami di belakang pun berkata "Thank you Abdah, thanks a lot. Cause this really give me a reminder that all of us are Muslim."

Saya  tersenyum, puas rasanya. Tak dapat dinafikan, tarbiyah adalah amat penting. Semua orang mendambakannya. Namun disebabkan hati sakit, kadang-kadang tarbiyah yang hebat tidak dapat dihadam. Hukum tarbiyah sendiri tidak boleh dipisahkan dengan dakwah. Hanya dengan dakwah, tarbiyah mampu disampaikan.

Born to be Daie, born to be Murobbi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...