Selepas berbuka puasa di meranti, aku dan qeela terus ke surau kolej untuk menunaikan solat maghrib. Fareha awal2 lagi pesan supaya datang lepas maghrib sekurang2nya sebab ada pengisian sebelum isya’. Jadi aku dan qeela pun masuk la jugak halaqah walaupun mase tu dah lama mula. Tazkirah kali ni tentang solat dan keistimewaannya oleh sorang kakak ni.
Dia kupas sebuah buku yang menceritakan solat. Ibnu Khair mengatakan solat ni sebenarnya merehatkan tubuh kita. Sebab solat adalah masa kita untuk merehatkan tubuh kita dari perkara dunia kejap. Selain tu juga, solat ni boleh menghalang kita dari buat dosa (cegah kemungkaran). Maknanya kalau solat okey, maka perkara2 yang berkaitan akan okey jugak. Inilah position kita sebagai hamba – ubudiyah.
Lagi, kalau nak solat ni merehatkan tubuh kita, kenalah jadikan solat ni sebagai tempat paling ‘selesa’. Kalau ikut kata Ibnu Khair, jadikan solat sebagai kebun dan taman yang indah dan seronok untuk dikunjungi. Ini akan membuatkan hati kita sentiasa rindu akan solat. Rindu nak mengerjakannya. Kalau kita sekarang ni mudah sangat melenting, sensitif, hu3 cepat2lah cek solat terutama qiamullail kita. Sebab itu tanda hati kita tak tenang sebenarnya.
Di sinilah kecintaan kepada Allah akan terbentuk. Solat antara wireless online yang terus menerus boleh berhubung dengan Allah. Jadi amat malang bagi kita tak boleh rasakan kehadiran Allah semasa solat tapi masa solat tulah teringatkan macam-macam.
Antara kisah-kisah sahabat2 nabi dan para salafussaleh yang mempunyai kecintaan tinggi terhadap solat ni adalah kisah Khubaid. Khubaid ni mati di tangan orang musyrikin dengan disalib. Sebelum dia disalib, si Khubaid meminta terlebih dahulu untuk solat kerana dia ingin melakukan perkara yang dia cinta sebelum mati – berhubung dengan Allah s.w.t. Manakala kisah Bilal, yang bunyi terompahnya ketika dia mahu mengambil wuduk untuk mengerjakan solat didengar oleh penduduk langit.
Di samping itu juga, solat adalah tempat di mana gugurnya dosa. Solat ni umpama kolam renang. Setiap kali dikerjakan, pelakunya akan ‘bersih’ dari sebarang kekotoran. Bayangkan kalau mandi lima kali sehari, tak ke bersih badan kita?? Macam tulah ibarat solat ni. Kakak ni bawakan ayat Al-Quran dari surah As-Syams, ayat 8 yang bermaksud “Maka berjayalah orang yang menyucikan jiwanya”.
Solat juga menjadi tanda pengukur kejayaan kita di dunia dan akhirat. Contohnya, Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya membuka kota Contantinapel yang megah itu. Tanpa solat yang mantap, beliau tidak akan dapat mencapai kejayaan yang gilang gemilang itu, malah menjadi orang yang disebut2 Rasulullah sebagai orang yang berjaya mengIslamkan sebuah kota yang hebat. Sebab beliau sendiri usahkan solat fardu yang WAJIB dilakukan malah qiamullail tak pernah ditinggalkan, malah solat berjemaah adalah perkara MESTI baginya!
Ketahuilah juga pemuda-pemuda Palestin yang memperjuangkan tanah air dan maruah Islam yang kian tercalar itu adalah syabab yang tidak pernah sesekali mendurhakai Allah dengan meninggalkan solat. Malah mereka memperhebatkan daya juang mereka dengan qiamullail yang dasyat kekhusyukkkannya, tenggelam jiwa2 mereka dalam kerinduan yang mendalam pada bau syurga dan saat pengembalian jiwa2 yang tenang itu kepada Rabb.
Ingatlah juga apakah pesanan terakhir Rasulullah saat nazaknya nabi menghadapi sakaratulmaut. Saat nabi menyebut “ummati.., ummati”. aku wasiatkan tentang solat.” Masya Allah, pentingnya solat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan