Sabtu, 23 Januari 2010

Cintailah Cinta

“Nik, kau tahu cinta apa yang paling agung kat dunia ni?” saya bertanya kepada Nik, rakan sekelas sewaktu menunggu pensyarah datang. Sengaja saya mengajukan soalan ‘emas’ kepadanya. Nik tersipu malu saat saya merenungnya.

“Cinta seorang kekasih?” dia cuba-cuba menjawab. Sekali dengar, terasa juga geli hati. Saya simpan saja geli hati tersebut dalam hati dan berusaha menghiling kepala, menyatakan jawapannya yang tidak tepat.

“Kalau bukan, cinta Allah?” Nik meneka lagi. Huhu, ada juga ingat kat Allah. =)

“Sikit lagi, dekat-dekat dah tu.” Saya tersenyum. Dia mengerutkan dahi. Nampaknya betul-betul dia tak tahu. Saya memulakan bicara ‘jarum’ saya. Harap-harap mengena.

“Cinta dalam Islam, yang paling agung ialah cinta Allah kepada makhlukNya.” Saya menjawab ala-ala Ustaz Nazir lakonan Ashraf Muslim dalam cerita Cinta Sempurna.

“Sebab apa aku kata cinta Allah kepada hambaNya adalah cinta yang paling agung kat dunia ini?” lagi-lagi saya mengajukan soalan. Nik terdiam. Dia tersenyum pahit.

“Alaa, kau cerita jelah kenapa. Aku nak dengar ni.” Nik mengalah. Saya teruja. Hehe.

“Seorang ibu akan mengharapkan kasih sayang anaknya setelah dia memberi dan mengorbankan banyak perkara demi anaknya. Manakala pasangan kekasih yang bercinta pasti saling mengharapkan perhatian dari buah hatinya. Macam kau.” Saya mengusik.

“Lagi?” Nik melarikan anak matanya tapi masih mahu lagi mendengar penjelasan saya. Saya menyambung.

“Sudah menjadi fitrah manusia sentiasa mendambakan kasih sayang dan cinta dari orang di sekelilingnya. Namun, jauh beza sekali cinta Allah kepada makhlukNya berbanding cinta sesama manusia kerana Allah mencintai hambaNya tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun.” Saya memberikan huraian.

Unconditional Love

“Ha, inilah yang orang putih sebut sebagai unconditional love. Cinta tak bersyarat. Cinta yang tak memerlukan syarat. Cinta yang memberi bukan untuk menerima. Cinta yang totally sacred and tidak dapat ditandingi oleh Laila & Majnun, Romeo & Juliet, dan seangkatan dengannya.” Kata saya lagi.

“Allah yang memberikan kita sejuta nikmat dan rahmat tidak memerlukan apa-apa balasan pun dari kita. Dia tetap memberi dan terus memberi walaupun hambaNya langsung tidak mempedulikan suruhanNya, laranganNya, tegahanNya, sarananNya. Itulah Allah yang Maha Hebat. Ada ketikanya aku merasakan kasih sayang ibu adalah agung, namun itu hanyalah percikan kasih sayang Allah pada kita. Mak ayah itu pun Allah juga yang bagi. Jadi terbuktilah cinta Allah yang paling agung.” Saya menjelaskan lagi namun perbualan kami terhenti bila lecturer melangkah masuk ke kelas.

Sunnah cinta tak bersyarat ini banyak sekali dilaksanakan oleh orang yang mencintai Allah dan RasulNya. Bayangkan jika kita masing-masing lebih mementingkan APA YANG KITA BERI daripada melihat apa yang orang lain bagi kepada kita. Apakah perkataan yang paling sesuai dalam menyatakan keadaan ini? Ya, IKHLAS yang bermaksud tidak mengharapkan balasan dari manusia dan semata-mata mengharapkan redha Allah.

Apakah syarat utama Allah menerima ibadah hambaNya? Ya, juga IKHLAS. Hanya ikhlas saja yang diterima Allah.

Kita faham cinta Allah yang paling agung. Allah tidak rugi jika kita tidak mem’balas’ cintaNya. Bahkan kita yang memerlukanNya.

Umar Khayyam pernah kata “Hanyalah dengan mencintai Allah dan RasulNya, cinta itu khalis dan kudus.” Setiap dari kita akan mengakui hakikat itu, tetapi kalau ditanya kepada kita, cintakah kita pada Allah? Aduh, terlalu sukar untuk menjawabnya. Jika dijawab tidak, terasa benar berdosa kepada-Nya. Masakan kita mampu mengatakan tidak, sedangkan begitu banyak kebaikanNya terhadap kita. Jika dijawab ya,. Maka terasa benar dustanya. Betapa banyak pula kejahatan yang dilakukan.

Hakimi diri sendiri

Ada dua tanda jika kita cinta pada Allah.
1. rindu ingin bertemu
2. suka bila disuruh

Rindu tak kita pada pertemuan dengan Allah? Macamana kita menjaga solat? Adakah kita suka disuruh Allah dalam banyak perkara dalam hidup kita? Cinta tak kita pada Allah??

Bercakap soal rindu tanyalah orang yang sedang asyik bercinta. Bagaimana rasanya dan cara dia meleraikan perasaan rindu. Ganjil dan pelik rasanya jika orang yang sedang hangat bercinta tapi tak rasa rindu. Kalau tak rindu, mesti tak cinta punya, betul tak?

Tanda cinta mesti rindu. Tanda cintakan Allah, mesti rindu padaNya. Tapi kalau kita tak rindu pada Allah, bermakna kita tak cintakan Allah?

Analoginya mudah. Kalau badan kita sihat dan cergas, pasti kita akan lebih berselera menghadap pelbagai menu yang mengalirkan air liur., mahu makan apa saja yang terlintas di fikiran. Tapi, cuba sekali kita sakit,demam, yang sedap sehingga menjilat jari tu akan jadi pahit, tawar, tak sedap bila mencecah ke lidah kita.

Kenapa boleh jadi macam tu? Makanan tu ke yang berubah rasa jadi pahit atau mulut kita berubah selera? Hakikatnya makanan tu tetap sedap tapi disebabkan kita yang sakit, maka makanan langsung tak rasa kat mulut kita.

Macam tu lah jugak hati kita bila tidak mahu mencintai Allah. Bukan sebab cinta Allah tu tidak agung atau tidak hebat tapi hati kita yang sakit ni tak dapat rasa keagungan dan kehebatan cinta Allah. Hati yang sakit tidak akan dapat menikmati keindahan cinta Allah seperti badan sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan.

Tanda hati kita sakit menderita sebab tak mencintai ALLAH.


Rawat Hati

Kena rawat hati, cari kembali cinta Allah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, mendampingi ulama’ dan org baik2. Kalau badan sakit kita cari ubatnya. Hati adalah soal rohani, jadi kena kembali rujuk kepada penciptanya. Namun, ubat yang kita makan untuk menyembuhkan sakit itu pahit, samalah juga ubat hati yang pahit juga. Bila sihat nanti pun kena pantang. Jangan dekati lagi perkara yang boleh mengembalikan ‘sakit’ kita tu. Tutup semua pintu nafsu, kemudian mujahadah,. No pain no gain.

Modus operandinya, berpantang dan jangan mendekati maksiat serta carilah sahabat yang baik yang boleh ingatkan kita.

Cintailah Allah sepenuhnya.

‘ketahuilah dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang’
Ar-Ra’du, ayat

Dan ingatlah, kita takkan berkorban untuk sesuatu melainkan ia benar2 istimewa untuk kita. Korbankanlah nafsu sebagai simbol kasih kita kepada Allah. Allah sukakan ketaatan, ketakutan dan kepasrahan kita terhadapNya.

Jom kejar cinta ALLAH! =)

Selasa, 12 Januari 2010

solat, kita & kehidupan

Selepas berbuka puasa di meranti, aku dan qeela terus ke surau kolej untuk menunaikan solat maghrib. Fareha awal2 lagi pesan supaya datang lepas maghrib sekurang2nya sebab ada pengisian sebelum isya’. Jadi aku dan qeela pun masuk la jugak halaqah walaupun mase tu dah lama mula. Tazkirah kali ni tentang solat dan keistimewaannya oleh sorang kakak ni.

Dia kupas sebuah buku yang menceritakan solat. Ibnu Khair mengatakan solat ni sebenarnya merehatkan tubuh kita. Sebab solat adalah masa kita untuk merehatkan tubuh kita dari perkara dunia kejap. Selain tu juga, solat ni boleh menghalang kita dari buat dosa (cegah kemungkaran). Maknanya kalau solat okey, maka perkara2 yang berkaitan akan okey jugak. Inilah position kita sebagai hamba – ubudiyah.

Lagi, kalau nak solat ni merehatkan tubuh kita, kenalah jadikan solat ni sebagai tempat paling ‘selesa’. Kalau ikut kata Ibnu Khair, jadikan solat sebagai kebun dan taman yang indah dan seronok untuk dikunjungi. Ini akan membuatkan hati kita sentiasa rindu akan solat. Rindu nak mengerjakannya. Kalau kita sekarang ni mudah sangat melenting, sensitif, hu3 cepat2lah cek solat terutama qiamullail kita. Sebab itu tanda hati kita tak tenang sebenarnya.

Di sinilah kecintaan kepada Allah akan terbentuk. Solat antara wireless online yang terus menerus boleh berhubung dengan Allah. Jadi amat malang bagi kita tak boleh rasakan kehadiran Allah semasa solat tapi masa solat tulah teringatkan macam-macam.

Antara kisah-kisah sahabat2 nabi dan para salafussaleh yang mempunyai kecintaan tinggi terhadap solat ni adalah kisah Khubaid. Khubaid ni mati di tangan orang musyrikin dengan disalib. Sebelum dia disalib, si Khubaid meminta terlebih dahulu untuk solat kerana dia ingin melakukan perkara yang dia cinta sebelum mati – berhubung dengan Allah s.w.t. Manakala kisah Bilal, yang bunyi terompahnya ketika dia mahu mengambil wuduk untuk mengerjakan solat didengar oleh penduduk langit.

Di samping itu juga, solat adalah tempat di mana gugurnya dosa. Solat ni umpama kolam renang. Setiap kali dikerjakan, pelakunya akan ‘bersih’ dari sebarang kekotoran. Bayangkan kalau mandi lima kali sehari, tak ke bersih badan kita?? Macam tulah ibarat solat ni. Kakak ni bawakan ayat Al-Quran dari surah As-Syams, ayat 8 yang bermaksud “Maka berjayalah orang yang menyucikan jiwanya”.

Solat juga menjadi tanda pengukur kejayaan kita di dunia dan akhirat. Contohnya, Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya membuka kota Contantinapel yang megah itu. Tanpa solat yang mantap, beliau tidak akan dapat mencapai kejayaan yang gilang gemilang itu, malah menjadi orang yang disebut2 Rasulullah sebagai orang yang berjaya mengIslamkan sebuah kota yang hebat. Sebab beliau sendiri usahkan solat fardu yang WAJIB dilakukan malah qiamullail tak pernah ditinggalkan, malah solat berjemaah adalah perkara MESTI baginya!

Ketahuilah juga pemuda-pemuda Palestin yang memperjuangkan tanah air dan maruah Islam yang kian tercalar itu adalah syabab yang tidak pernah sesekali mendurhakai Allah dengan meninggalkan solat. Malah mereka memperhebatkan daya juang mereka dengan qiamullail yang dasyat kekhusyukkkannya, tenggelam jiwa2 mereka dalam kerinduan yang mendalam pada bau syurga dan saat pengembalian jiwa2 yang tenang itu kepada Rabb.

Ingatlah juga apakah pesanan terakhir Rasulullah saat nazaknya nabi menghadapi sakaratulmaut. Saat nabi menyebut “ummati.., ummati”. aku wasiatkan tentang solat.” Masya Allah, pentingnya solat!

Sabtu, 9 Januari 2010

Kisah Selembar Bulu Mata


Pada hari akhirat kelak, ada seorang manusia yang hanya dengan pertolongan selembar bulu mata..Dia dituduh bersalah , menyia2kan umurnya di dunia dengan berbuat maksiat. Tetapi dia berkeras membantah, "Tidak..Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi.."

"Tetapi saksi2 mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat ...Orang itu menoleh kiri dan kanan dan ke segenap penjuru . Anehnya dia tidak nampak sesiapun sebagai saksi..

Di situ hanya ada dia sendirian..Maka diapun menyanggah, "Manakah saksi2 yang kau maksudkan? Di sini tiada siapa pun kecuali aku dan suaramu.."

"Inilah saksi2 itu," ujar malaikat..

Tiba tiba mata angkat bicara, "Saya yang melihat ,"...

Di usul dengan telinga, "Saya yang mendengar,"...

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium ."...

Bibir mengaku, "saya yang merayu,"....

Lidah menambah, "Saya yang menghisap ."..

Tangan pula meneruskan, "saya yang meraba .."..

Kaki menyusul, "Saya yang berjalan kearah maksiat itu,"...

"Nah .. kalau aku biarkan , seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu," ucap malaikat..

Perasaan gerun menyelinap segenap ruang tubuh orang itu..Dia bagaikan berputus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dilemparkan ke dalam jahannam . Padahal , rasa rasanya dia telah terbebas dari tuduhan dosa..

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan itu..sekonyong konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya, "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi,"...

"Silakan." kata malaikat. "Terus terang saja , menjelang ajalnya , pada suatu tengah malam yang bening, aku pernah dibasahinya dengan airmata ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya."

"Bukankah Nabinya pernah berjanji, dua mata yang tidak disentuh api neraka; mata yang berjaga pada jalan Allah dan juga mata yang menangis kerana takutkan Allah ."

" Maka saya ,selembar bulu matanya , berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sehingga membasahi saya dengan air mata penyesalan ." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu ,orang itu dibebaskan dari neraka dan dihantar ke syurga.

Sebaik menjengah ke pintu syurga , kedengaran suara penghuninya :
"Lihatlah ,Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu matanya.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...