Sabtu, 30 Januari 2010

Islam Rahmat Untuk Seluruh Alam; termasuk orang bukan Islam

Ketika saya meneliti tajuk di atas, saya berasa kagum dan pada masa yang sama hati berasa sayu. Rasa kagum kerana betapa hebatnya Islam melayan orang bukan Islam dan rasa sayu kerana masih ramai lagi terdapat suara-suara yang menyatakan kebencian terhadap Islam; suara dari kafir laknatullah dan tidak ketinggalan juga orang Islam yang mengaku muslim di bibir saja tapi di hatinya bersarang penuh benci dan prasangka terhadap Islam. Biarpun Islam sudah terbukti membela dan tetap baik dengan kafir zimmi, namun masih ada lagi pihak prejudis terhadap Islam.

Orang bukan Islam mempunyai hak yang sama dan dilayan sama rata seperti mana orang Islam kecuali dalam perkara-perkara keagamaan. Mereka ada hak untuk dilindungi dari dicerobohi, boleh melaksanakan tuntutan agama mereka semahunya dan mencari rezeki kekayaan seboleh mungkin. Orang bukan Islam tidak perlu risau jika berada di bawah pemerintahan Islam yang sememangnya negara Islam.

Negara Islam adalah negara yang melaksanakan hukum-hukum Islam dengan penuh keadilan secara sepenuhnya. Warga negara bukan Islam dikenali sebagai ahli zimmah atau kafir zimmi. Negara Islam wajib melindungi nyawa dan harta warganegaranya yang bukan Islam. Mereka tidak boleh disakiti dan dizalimi. Sehinggakan nabi sendiri pernah bersabda “Sesiapa yang menyakiti seorang zimmi, aku akan menentangnya dan apabila aku menentang seseorang, aku menentangnya hinggalah ke hari kiamat.” Terbukti di sini bahawa kasih sayang Islam menjalar ke seluruh pelusuk umat manusia, sememangnya rahmat untuk sekalian alam.

Malah Umar Al-Khattab pernah diriwayatkan sejarah membuat perjanjian dengan kafir zimmi dan antara isinya adalah : “Keselamatan jiwa dijamin, demikian juga dengan harta benda, gereja-gereja dan tempat ibadah. Gereja-gereja tidak diduduki, diruntuhkan atau dikurangkan. Harta benda gereja tidak akan diambil dan tanda-tanda salib dibiarkan. Mereka tidak akan ditindas kerana perbezaan agama, dan tidak ada sesiapa pun dari kalangan mereka yang akan disakiti..” Hal ini disebutkan di dalam kitab Tarikh At-Tabari.


Uh, betapa rahmatnya orang bukan Islam yang berada di bawah naungan pemerintahan Islam yang ikhlas menuruti Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimana pula nikmat dan kehidupan orang Islam yang berada dalam pemerintahan Islam ye? Em, pasti lebih lagi. Ya, sama-sama kita tunggu saatnya. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...